Follow Me Ok

hari2 last aku sebagai mahasiswa


Hari2 last aku sebagai mahasiswa,x tahu nk gmbarkan mcm mana...rasa hepi,rasa lapar sbb x mkn tgh hari lg,rasa sedih,rasa nk pegang duit byak,rasa berbaloi, dan rasa nyesal....apa yg aku rasakan ini smua ini adaalh yg benar di rasakan oleh aku sendiri, aku tidak brcakap sprti ahli politik yg brcakap berdetam dentum, aku bcakap sperti mahsiswa akhir yg baru kluar melagkah longlai dari dewan periksa...entah bgaimana aku nk describekan perasaan ini..terasa ingin myambung pelajaran higga ke peringkat ketua (master),tp dgn keaadaan mental n fizikal serta fulus aku ni..aku bantutukan dahulu perancangn ini..mungkin lain kali aku akn mnybut lagi perkataan exam,tips, slide, study dan lain2 lgi..mugkin kah aku akn myebut bila masuk gaji, aku cuti la ari ini, balik kg raya la beb, ataupon ayat-ayat yg bersangkut paut ngn alam pekrjaan...pening aku memikirkan aturan tuhan pada aku..

adakah mahasiswi or mahasiswa akhir lebih mnghargai rumate or kwan2nya di universiti??

setelah meliht post2 di fb,aku merasakan mahasisiwi lebih mghargai rumate brbnding mahasiswa..adakah ini benar..ini mnjadi persoalan aku sekarang..adakh siswa lebih cenderung untuk memendam perasaan ataupon siswa memang tidak endahkan langsung rumate or kwan2 siswa tersebut..dan aku merasakn siswi lebih cenderung utnk meluahkan perasaan mereka dan sampai ke tahap menitiskan air mata..adakah siswa sanggup melakukan hal seperti itu??agak dramatik jugak la scene tersebut dan aku percaya kaum2 lelaki akan mympan perasaan mereka...tp klu dgn awek, kaum2 lelaki ini nmpak lebih yakin or lebih mudah untuk mnnjukkan perasaaan...tp bagi siswa yg perasan mereka itu siswi (lembut), aku pasti kaum ini akan terlebih over dalam menunjukan emosi mereka trhadap rumate dan kwan2 seangkatan....hal ini aku yakin.

Kuar ngn orng trsayang

Hari2 trakhir aku kt uum ni sblom aku abekan dan mlngkah pergi untuk aku mnjalani praktikal, aku wat plan tuk aku kluar ngn orng trsayang aku...mmg byak dugaan tuk aku kuar sama2 gn dy..dari ketiadaan duit sehiggalah cara utnuk mndapatkan duit....



kul 12 tgh hari aku bngun setelah aku trkejt bila tringtkan plan aku untuk kluar...tp pada masa yg sama aku tringt utk kol akak aku..dgn pnuh harapan aku kol akak aku ni..dy leh ckp dy nk masukkan duit on 15 hari bulan...kecewa sgguh aku bila dgr dy ckp cm gtu..dengan tidak semena aku tringt akan kad bank aku yg mmpuyai baki lam seratus lebih..cm na la aku leh lupa pada akaun ni....hahahaha..syum gk la aku.tp masalhnya kad bank aku ni rosak..nk kena wat baru..nk kena wat baru nk kena ada ic..dan ic aku ni nk kena ambik kat pejabat pndaftaran kawasan Yan...untuk makluman anda..tmpat aku study ni ngn Yan mau  x mau dlam 70 km..mmg kebas abes la pungkoq aku ni..dan awek aku ni dok la merungut bila nk smpai jitra...hahahahaha..dy x taw aku nk ambik ic aku dulu..pe la samdol awek aku ni..hahahahahahah..satu masalah dah selesai..masa kat Yan,aku tgk la jam dekat2 kul 3.30..apa lagi,degan rempitnay aku bawak moto pnjm ni ngn laju nya..nasib baik awek aku ni x kisah..klu dy dok rungut2 sngt..aku tggl je kat stesen bas...hahahahaha..lawak je la..nk mmpos klu dy majok nnt..x ke ssh..bawak la aku moto ni ngn lajunya..abes aku redah..mak cik jual kueh pon aku x smpat singgah..bab ni yg pling jem..kueh sedap kot..

smpai ja aku kat simapng kuala,aku pon berenti kat my bank cawangn situ...aku ngn selaber masuk lam bank ibarat nk merompak,tp trlupa nk bwak pistol,so x jadi la nk merompak,yg jadinya aku kena wat kad bank baru je..aku pon tya la akak kaunter 2..dy ckp orng tgh ramai la..dy suh aku g tya orng yg incharge wat kad..aku pon g la tya..dgn seksinya si amoi 2 ckp suh dtang plk pagi ni..nk ja aku mntak duit myak kat dy..mmg bengang aku ni..aku trus kluar ngn marahnya..si amoi 2 da ckp pa ntah kat aku..aku angkat tgn ja..mesti dy tkot pya..hahahahahahahaha..dan mngsa kemarahan aku ni mesti lah awek aku yg byak nasihat..leh plk dy nasihat aku masa aku tgh marah..apa lagi..kena la marah ngn aku..hahahahahaha..aku ni kan garang..aku pon la dok pk2 ni..cm na lah nk selesai masalh aku ni..iat nk tgk wayang kot..dah last sem la bro..mesti la kuar tgk wayang,xkn kuar g makan ja..x amerika la..

aku pon g la pusat bndar..ada lagi my bank kt sana..depan borong din la..xkn x tw..klu x tw mesti orng luar pya..aku pon masuk la kat kaunter dy..aku ckp la nk wat kad bank baru..abng ni mcm tw2 ja aku ni desperate sngt..dekat 3 saat gk kal nk bg jawapan..x pasai2 aku mntk duit myak kot..hahahahahaha..dy pon bg la borang pendaftran kat aku..aku ngn bgganya mnjukan borang trsebut dekat awek aku..trsyum monyet dy..trlompat2 plk 2..hudoh sgguh..hahahahahahaha

dgn usaha yg sebegitu rupa,brjaya gk aku tgk wayang ngn awek aku aka orng trsyang...hahahahahahahahha..tiada yg seindah dari mnghabiskan masa aku ngn dy...

ps:klu wat plan,plan pada mlm hari,bkn pada siang hari.............

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Dunia


Lambang syiar Islam di Pakistan


KEUNIKAN seni bina Masjid Raja Faisal menjadikannya ikon pelancongan di Islamabad.


BUKIT Margalla yang terletak di Shaharah-e-Islamabad, hujung bandar raya Islamabad, Pakistan merupakan sebahagian daripada landskap gunung-ganang yang mendasari kaki banjaran Himalaya.
Tidak hairanlah, ia sering menjadi tumpuan para pelancong yang mahu menikmati keindahan panorama dan kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di sekelilingnya.
Namun, di sebalik keunikan formasi batuan bukit yang berusia kira-kira 40 juta tahun itu terletak sebuah monumen yang kini menjadi simbol kebanggaan masyarakat Islam di seluruh dunia.
Dikenali sebagai Masjid Raja Faisal, idea pembinaannya bermula ketika pemerintah Arab Saudi ketika itu, Raja Faisal Abdul Aziz mengadakan lawatan ke Pakistan pada tahun 1966. Baginda tertarik dengan cadangan kerajaan negara itu membina sebuah masjid baru berstatus negara.
Tiga tahun kemudian, satu pertandingan telah diadakan untuk memilih arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk masjid berkenaan. Ternyata, sambutannya yang diterima amat menggalakkan. Jawatankuasa pertandingan telah menerima sebanyak 43 kertas cadangan membabitkan ramai arkitek terkemuka dari 17 buah negara.
Arkitek Turki, Vedat Dalokay dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan itu. Pembinaannya dimulakan pada 1976 membabitkan kos kira-kira AS$120 juta (RM376 juta) hasil sumbangan kerajaan Arab Saudi.
Ia siap kira-kira 10 tahun kemudian dan dinamakan sempena nama Raja Faisal sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda terhadap pembinaan majid itu.
Sebaik siap, ia diiktiraf sebagai masjid terbesar di Pakistan dan antara yang terbesar di dunia. Pada masa yang sama, ia juga menjadi simbol sebuah negara Islam sejak kemerdekaan republik itu pada 1956 di samping menjadi sebuah mercu tanda baru di Islamabad.
Masjid itu sengaja dibina di kawasan tinggi bagi memudahkan ia dilihat dari jarak beberapa kilometer tidak kira pada waktu siang atau malam. Kehijauan banjaran gunung-ganang di sekitarnya mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa kagum dan terpesona melihatnya.

PANORAMA hijau banjaran gunung di sekitar masjid ini amat memukau pandangan.


Keunikan masjid itu terletak kepada gabungan elemen moden dan prinsip seni bina Islam sebagai asas pembinaannya. Ia dibina tanpa kubah dan simbol gerbang yang lazim dilihat pada masjid-masjid di seluruh dunia.
Masjid itu dibentuk melalui lapan struktur konkrit yang diinspirasikan daripada bentuk khemah masyarakat Badwi dan kubik Kaabah serta diapit empat tiang menara berunsurkan seni bina Turki di penjurunya.
Seperti konsep sebuah khemah, berat keseluruhan ruang utama yang berbentuk segi tiga di bahagian tengah disokong oleh tiang-tiang menara. Setiap satu tiang ini mempunyai ketinggian 80 meter dan diiktiraf sebagai menara masjid yang tertinggi di Asia.
Ruang utama yang merupakan ruang solat diterangi lampu candelier gergasi yang diimport khas dari Turki. Tatkala melangkah ke bahagian dalam, mata seakan-akan terpaku melihat pelbagai jenis batu marmar dan mozek menghiasi bahagian dindingnya.
Para pelawat yang singgah ke masjid ini juga berpeluang melawat makam bekas Presiden Pakistan, Jeneral Zia-ul-Haq yang terletak berdekatan.

Ekpresi

'Bilik mesyuarat' dalam gelap





HUJAN lebat di sebelah petang menyebabkan suasana malam di sekitar Kampung Gunung Mesah Hulu di daerah Gopeng itu agak lebih dingin daripada biasa.
Kebanyakan rumah di perkampungan yang dikelilingi banjaran batu kapur yang menghiasi landskap Perak itu mulai gelap, kemungkinan besar penghuni di dalamnya sedang lena diulit mimpi.
Namun, suasana di sekitar tapak kem Kandu Eco Adventure di sini agak berbeza. Ia masih terang-benderang. Di satu sudut, seorang lelaki yang lengkap dengan peralatan topi keselamatan dan lampu suluh di kepala tekun memberikan taklimat di hadapan sekumpulan pengembara gua.
“Keadaan gua ini agak gelap serta dipenuhi laluan sempit dan batu-batu tajam. Saya harap kamu semua sentiasa berwaspada sepanjang penerokaan ini nanti,” pesan Abdul Rahim Mohd. Nasir, 37.
Selaku fasilitator dan renjer di kem itu sejak lebih setahun yang lalu, dia bertanggungjawab memastikan keselamatan pengembara yang mahu meneroka keindahan di Gua Kandu.
Penulis bersama jurugambar, Mohd. Aminullah Farij Hasan yang turut sama menyertai penerokaan di gua batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun itu rasa teruja. Maklumlah, ia merupakan pengalaman pertama kami meneroka jauh ke dalam gua.

BEREHAT seketika di pertengahan laluan untuk memulihkan stamina.



Lebih-lebih lagi apabila diberitahu bahawa pengembaraan kali ini lebih mencabar kerana dilakukan pada waktu malam selain laluan trek ke kawasan gua yang basah dan licin.
Tepat jam 10.30 malam, kumpulan kami seramai tujuh orang memulakan perjalanan ke pintu gua yang mengambil masa 10 minit perjalanan.
Biarpun memerlukan sedikit pendakian, ia tidaklah terlalu mencabar kerana kami bergerak mengikut rentangan tali-tali keselamatan yang sedia dipasang sepanjang laluan.
Abdul Rahim sempat bercerita tentang sejarah nama gua itu yang diambil sempena nama seorang budak bernama Kandu yang hilang di dalam gua itu satu ketika dahulu.
Tambahnya, ketika zaman pemerintahan Jepun, gua itu pernah dijadikan pejabat operasi dan pentadbiran tentera mereka.
“Malah tentera Jepun juga bercita-cita mahu menjadikan kawasan gua ini sebagai landasan dan tempat menyimpan kapal terbangnya. Namun, hasrat itu tidak menjadi kenyataan selepas perang tamat pada tahun 1945.
“Selepas itu, ia dijadikan tempat pentadbiran dan persembunyian komunis termasuk beberapa pemimpin utama mereka seperti Chin Peng dan Rashid Maiden,” jelasnya.
Suasana hening
Suasana gua yang gelap dan hening saat kami melepasi pintunya membuatkan kami terasa sedikit gerun. Formasi semula jadi di dalam gua yang masih tidak terusik itu jauh berbeza daripada Gua Tempurung yang turut popular dengan aktiviti sedemikian tidak jauh dari situ.
Tanpa sebarang kemudahan asas, limpahan cahaya lampu dan trek pejalan kaki, pengalaman eksplorasi Gua Kandu lebih ekstrem dan tentunya diinginkan mereka yang dahagakan cabaran.
Setiap langkah yang diatur kelihatan agak sukar kerana hanya berpandukan cahaya lampu suluh di kepala.
Langkah kami terhenti sebaik sahaja melihat lambang bintang lima yang tertera di dinding gua. Serta-merta terbayang dalam fikiran akan keganasan Komunis yang pernah menghuru-harakan negara ini satu ketika dahulu.
Kami kemudiannya tiba di satu ruang luas dikenali sebagai ‘bilik mesyuarat’. Pelik tapi menarik, penerokaan di Gua Kandu itu sebenarnya seumpama berpusing dalam sebuah laluan bulatan besar.
“La.. jumpa balik tempat tadi rupanya, ingatkan dah dekat mana tadi,” seloroh si jurufoto, Aminullah.
Keinginan untuk menyaksikan lebih banyak misteri dan keindahan formasi batu-batuannya membawa kami meneroka lebih jauh ke dalam gua.
Semakin jauh rongga gua diteroka, semakin kering dan panas udara di dalamnya hingga membuatkan baju kami mula dibasahi peluh.

ABDUL RAHIM menunjukkan bongkah batuan terbesar yang terdapat di dalam Gua Kandu.


Tidak dinafikan, kesukaran perjalanan semakin dirasai. Ada di antara laluan itu memerlukan kami mendaki dan menuruni cerun gelap setinggi 50 hingga 80 kaki. Tidak kurang juga ada yang memerlukan kami merangkak untuk tiba ke lokasi seterusnya.
Bagaimanapun, kepayahan yang dilalui nyata berbaloi. Apatah lagi apabila berpeluang melihat sendiri proses geomorfologi yang membentuk tekstur permukaan dinding dan bumbung gua sejak jutaan tahun lalu seperti dinding langsir serta batu berombak-ombak.
Ia boleh diumpamakan seperti berada di dalam sebuah dunia yang asing. Melihat keindahan stalagtit dan stalagmit yang bercantum lalu membentuk pelbagai bentuk arca di segenap penjuru gua itu, nyata mempesonakan.
Tidak hairanlah, gua ini sering menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menyaksikan sendiri keunikannya. Sekali imbas, ada di antaranya yang menyerupai bentuk telur gergasi, obor-obor, ekor ikan, gajah, wanita yang sedang berdoa dan kepala singa.
“Arca-arca ini terhasil secara semula jadi dengan melibatkan elemen angin, kelembapan dan cahaya - tiada tangan manusia mampu menciptanya!
“Ada di antaranya telah berusia ribuan tahun dan cuba bayangkan, untuk menjadikan satu sentimeter bentuk aliran tersebut memerlukan masa selama lima tahun,” jelasnya.
Dalam keasyikan menghayati keindahan ciptaan Ilahi, tanpa disedari sudah dua jam berlalu. Kami akhirnya tiba di pintu keluar gua di kedudukan yang berbeza.
Cabaran seterusnya adalah menuruni puncak bukit menuju ke tapak kem. Trek basah dan licin menyebabkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 30 minit dirasakan begitu panjang.
Bagaimanapun kepenatan yang dilalui hilang sebaik sahaja melihat disambut Pengarah Kandu Eco Adventure, Marzuki Ahmad.
“Macam mana pengembaraan tadi, lain kali boleh masuk gua sekali lagi. Selepas ini, kita boleh masuk sehingga ke Gua Intan pula, trek di sana lebih mencabar,” kata lelaki berusia 47 tahun itu.
Sambil menikmati secawan kopi O panas, lelaki itu memberitahu Gua Kandu yang mula dikenali sekitar tahun 70-an semakin popular dalam agenda pelancongan Perak.
Sesak hujung minggu
Disebabkan itu, katanya tidak hairanlah saban minggu kawasan itu penuh sesak dengan individu, pelajar kolej dan universiti serta pelancong asing yang mahu menikmati suasana di dalamnya.
“Ia ibarat satu pakej lengkap, selain meneroka gua, mereka juga dapat menghayati suasana kampung serta keindahan flora dan fauna di sekitar kawasan ini,” ujarnya.

MELALUI trek basah dan licin sebelum tiba di pintu gua.



Katanya, selain meneroka di kawasan gua, pengunjung juga kini mempunyai pilihan untuk bermalam di kem berkenaan.
“Asrama yang disediakan mampu memuatkan kira-kira 60 penghuni lelaki dan wanita, lengkap dengan kemudahan tandas, dewan makan dan dewan serba guna. Mereka juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berakit, memancing ikandan flying fox,” katanya.
Sementara itu, bagi seorang peserta, Alus Mat Din, 42, biarpun pernah beberapa kali memasuki gua itu sebelumnya dia tidak pernah puas menyaksikan kepelbagaian formasi batuan yang terdapat di dalamnya.
“Pengalaman meneroka di waktu malam lebih mencabar kerana kesukaran bermula sebelum memasuki pintu gua sehinggalah keluar darinya.
“Bagaimanapun, saya berasa sedikit kecewa melihat sikap segelintir pengunjung yang sanggup merosakkan arca-arca dan batuan di dalamnya. Apa pun ia tetap menjanjikan pengalaman berharga,” ujarnya.

Sukan

Rusia, Qatar dipilih anjur Piala Dunia


BLATTER mengumumkan Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 malam tadi.


ZURICH – Rusia berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2018 manakala Qatar terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Keputusan itu diumumkan selepas undian dijalankan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Switzerland malam tadi.
Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter selepas kempen melobi oleh negara-negara yang menawarkan diri sebagai tuan rumah telah menyaksikan ramai pemimpin politik dan personaliti sukan dunia berkumpul di sini.
Rusia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dengan mengetepikan tiga calon dari Eropah yang lain iaitu England, Sepanyol/Portugal dan Belanda/Belgium.
Qatar pula dipilih tuan rumah Piala Dunia 2022 mengatasi empat calon lain iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
“Kita akan ke tempat baru. Belum pernah pusingan akhir Piala Dunia dilangsungkan sama ada di Rusia atau Eropah Timur dan juga Timur Tengah atau negara-negara Arab,” kata Blatter.
Piala Dunia 2014 akan berlangsung terlebih dahulu di Brazil. – Reuter

rencana

Ego politik dan militari




YEONPYEONG, merupakan antara gugusan pulau-pulau kecil yang berada di wilayah Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning.
Ia dihuni sekitar 1,600 penduduk yang rata-ratanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani. Di samping itu, ia turut menjadi pangkalan tentera yang menempatkan 1,000 tentera Korea Selatan.
Dari sudut geografi, pulau itu hanya seluas lapan kilometer persegi. Ia terletak kira-kira 80 kilometer dari barat Incheon, Korea Selatan dan 12 kilometer dari selatan pantai wilayah Hwanghae, Korea Utara.
Namun, apa yang membuatkan Yeonpyeong begitu istimewa adalah kedudukannya yang terletak hanya dua kilometer dari Nothern Line Limit (Sempadan Had Utara), sebuah zon bebas ketenteraan yang memisahkan perairan di antara kedua-dua negara.
Pemisahan garisan sempadan merupakan antara syarat gencatan senjata yang dimeterai bagi menamatkan konflik hampir empat tahun di Semenanjung Korea pada tahun 1950 hingga 1953.
Biarpun sudah hampir enam dekad, Seoul dan Pyongyang masih belum mencapai persetujuan mengenai sempadan perairan bersama. Bagaimanapun, akibat dendam dan prasangka yang terus membara menyebabkan Korea Utara dilihat lebih agresif mewujudkan provokasi.
Konflik berterusan
Tentera laut kedua-dua negara pernah bertempur di perairan sama pada 1999 dan 2002.
Pada Mac lalu, ketegangan sekali lagi memuncak di rantau berkenaan selepas pasukan penyiasat antarabangsa diketuai tentera Korea Selatan menuduh tentera rejim komunis itu melepaskan torpedo ke arah kapal perang Korea Selatan, Cheonan sehingga karam.

SEKEPING foto tidak bertarikh yang dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea menunjukkan dua buah roket dilepaskan oleh Unit 1489 semasa sesi latihan dan ujian pada tahun lalu.


Tragedi yang berlaku berhampiran sempadan Laut Kuning itu mengorbankan 46 anak kapal. Bagaimanapun, Pyongyang menafikan dakwaan itu, lebih-lebih lagi tiada bukti kukuh mengaitkan kehadiran kapal selamnya.
Bagaimanapun, serangan terbaru pada 23 November lalu membuktikan rejim itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk melancarkan perang ke atas Korea Selatan.
Ratusan bedilan meriam dan roket disasarkan ke Yeonpyeong, mengakibatkan empat mangsa termasuk dua anggota marin dan dua orang awam terbunuh selain mencederakan puluhan yang lain.
Ia turut memusnahkan puluhan bangunan, rumah, kemudahan tentera dan memaksa lebih 700 penduduk yang trauma dipindahkan.
Sumber Korea Utara mendakwa, serangan itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.
Seorang penduduk, Kwan Young-hee's memberitahu semasa serangan itu dia sempat mencapai telefon bimbit dan berlari menyelamatkan diri.
“Letupan bom begitu membingitkan. Rumah saya bergegar manakala semua tingkap pecah,” katanya yang bersembunyi di sebuah kubu bawah tanah.
Keesokannya, dia bersama ratusan penduduk yang lain dihantar ke kawasan penempatan sementara di Incheon dengan menaiki kapal peronda pantai.
“Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini, ia merupakan tempat yang tenang dan mendamaikan,” tambah wanita berusia 47 tahun itu. “Saya tidak akan kembali semula ke sana.”
Serangan yang dilakukan dilihat sebagai tindakan paling agresif ke atas orang awam selepas pengeboman pesawat Korean Air pada tahun 1987, dipercayai didalangi oleh rejim itu.
Ia juga mencatatkan sejarah sebagai bedilan terbuka pertama ke atas Korea Selatan selepas berakhirnya Perang Korea pada 1953.
“Kami tidak menyangka mereka akan menyerang orang awam,” cerita Hong Kwang-sun ketika dia dan pelarian lain sedang menikmati minuman di pelabuhan berhampiran Incheon.
“Tentera mereka tidak kebuluran kerana mendapat bantuan rakyat di negara ini, sekarang mereka membalasnya dengan menembak ke arah kami. Pada masa akan datang, kami sepatutnya menembak mereka.”
Tentera Korea Selatan membalas serangan itu dengan 80 bedilan meriam. Bagaimanapun tindakan itu dikritik media tempatan dan pemimpin politik kerana dilihat tidak cukup agresif.
Perutusan khas dari Jepun dijangka tiba ke China untuk memberi petanda ke arah usaha diplomasi yang dirangka.

KAWALAN di sempadan juga diperketatkan selepas Korea Utara secara terbuka melancarkan roket baru-baru ini ke atas kepentingan awam.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan, sama ada kunjungan Pengerusi Perhimpunan Agung Rakyat Korea Utara, Choe Thae Bok ke Beijing pada minggu ini dapat mencari penyelesaian yang diharapkan.
Reaktor nuklear Korea Utara
Apatah lagi, Korea Utara sudah semakin berani menunjukkan kepada dunia tentang program nuklearnya.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Pyongyang mendakwa mempunyai reaktor pengayaan uranium moden.
Beberapa hari sebelum serangan di Yeonpyeong, rejim itu mendedahkan program nuklearnya, apabila membenarkan lawatan saintis nuklear AS, Siegfried Hecker ke Yongbyon.
Tujuannya untuk menghebahkan kepada dunia bahawa teknologi itu digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam negara dan bukan semata-mata untuk tujuan ketenteraan.
Bagaimanapun, kewujudan reaktor itu memberikan Pyongyang asas kukuh untuk menjalankan program pengayaan uranium sebagai tambahan kepada program berasaskan plutonium. Apa yang pasti, kedua-dua bahan radio aktif itu merupakan bahan utama dalam pembuatan bom atom.
Korea Utara mendesak untuk menyambung semula rundingan antarabangsa yang membolehkannya menerima lebih banyak bantuan sebagai balasan terhadap komitmen mendedahkan program nuklearnya.
Serangan terhadap Korea Selatan baru-baru ini dikatakan sebagai petunjuk kepada kekecewaannya terhadap proses rundingan yang terhenti.
Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak berikrar akan memastikan Korea Utara ‘menerima akibat’ daripada perbuatan mereka, malah menyifatkan serangan negara komunis itu ke atas kawasan awam baru-baru ini sebagai ‘jenayah kemanusiaan.’
“Jika (Korea) Utara melancarkan provokasi tambahan ke atas (Korea) Selatan, kami akan memastikan mereka menerima balasan setimpal,” kata Myung-bak.
Siapa lebih hebat?
Apa yang pasti, konflik yang berlaku di Semenanjung Korea tidak sekadar melibatkan kedua-dua blok Utara dan Selatan, sebaliknya turut dilihat sebagai medan persaingan peribadi AS dan China.
Selepas kejatuhan Soviet, AS sudah tidak menghadapi sebarang cabaran dari Eropah.
Kini, China dianggap sebagai pencabar utama dengan kemampuannya menghasilkan senjata nuklear dan pertumbuhan pesat ekonominya.
Beijing melihat Pyonyang sebagai aset dalam perimeter pertahanan masa depan ketika berdepan dengan perkembangan teknologi persenjataan AS dalam usaha meluaskan pengaruhnya di Asia Timur.
Sementara itu, AS pula mahu menyekat penguasaan China di samping memastikan kestabilan di rantau itu yang juga melibatkan keselamatan kuasa besar ekonomi dunia dan sekutunya, iaitu Korea Selatan dan Jepun.
Seorang penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, selain mendapat restu Beijing yang memainkan peranan di belakang tabir, tindakan berani Pyongyang juga dikaitkan dengan pertukaran tampuk pemerintahan di negara itu.
“Sebelum ini banyak pihak meragui kemampuan Kim Jong Un selepas dilantik bagi menggantikan bapanya Kim Jong Il.
“Serangan itu mungkin merupakan satu isyarat Jong Un kepada AS dan sekutu-sekutunya bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras, sama seperti bapanya,” ulas Muhammad Fuad.
Beliau menambah sebagai negara dengan kekuatan tentera keempat terbesar di dunia, Korea Utara memiliki lebih satu juta tentera yang bersiap sedia untuk bertempur di medan perang.
“Pyonyang juga mempunyai sistem persenjataan dan artileri yang ampuh diwarisi daripada teknologi China dan Soviet.
“Misalnya, teknologi peluru berpandu (permukaan ke permukaan) yang dimiliki seperti Taepodong-2 bukan sahaja mampu memusnahkan Seoul, malah boleh disasarkan sehingga ke perairan Jepun,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, walaupun belum terbukti namun bukanlah sesuatu yang mengejutkan teknologi nuklear Pyongyang mampu meletakkan negara itu sebaris dengan kuasa-kuasa nuklear seperti China, Rusia, Perancis, AS, Pakistan dan India. Malah dengan teknologi yang masih dirahsiakan itu, Korea Utara berkemampuan untuk menangkis ancaman senjata pemusnah besar-besaran.

REAKTOR pengayaan uranium Korea Utara menimbulkan kebimbangan dunia tentang kemampuan kuasa persenjataan nuklear negara itu.


Katanya, bagaimanapun dunia tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap sistem persenjataan Korea Selatan yang tidak kurang hebatnya. Ini kerana ia menggunakan sepenuhnya teknologi daripada AS.
“Bahkan, Seoul juga merupakan pengeluar sistem pertahanan di Asia Pasifik selepas China. Ia menghasilkan pelbagai kelengkapan ketenteraan seperti kereta kebal, artileri, kapal perang, kapal selam, kapal logistik, raifal dan sebagainya.
“Boleh dikatakan sebahagian besar negara-negara di rantau ini memiliki teknologi ketenteraan dari Korea Selatan, termasuk Malaysia seperti kereta perisai K200 (MIFV) dan kapal logistik yang digunakan di dalam Angkatan Tentera Malaysia,” ujarnya.
Di samping itu, Seoul juga sering menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan AS setiap tahun bertujuan untuk mempersiapkan angkatan tentera di samping menerbitkan kegerunan terhadap Pyongyang.
“Pada masa yang sama AS juga menempatkan kira-kira 28,000 tenteranya di negara itu yang sedia digerakkan bagi berhadapan dengan sebarang ancaman.
“AS turut menempatkan sejumlah peluru berpandu di negara itu bagi menghalang serangan roket dari udara,” katanya.

Minyak naik lagi.....

Harga RON 97 naik lagi 15 sen


ORANG ramai berpusu-pusu mengisi minyak setiap kali tersebar berita kenaikan harga bahan api itu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi, menurut sumber semalam. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

sukan

United hampir pasti ikat Neuer


NEUER (kiri) terus mendapat perhatian kelab gergasi England, Manchester United.


LONDON - Peluang Manchester United untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utama kelab Jerman, Schalke 04, Manuel Neuer kini kembali cerah.
Ia ekoran konflik dalaman yang melanda Bayern Munich yang sebelum ini turut menyatakan hasrat menandatangani kontrak dengan penjaga gol muda Jerman itu.
Ketika ini, United dan Bayern bersaing hebat bagi membawa masuk Neuer bersama kelab-kelab masing-masing.
Bagaimanapun, skuad The Red Devils dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah setelah Bayern kini bergelut dengan beberapa konflik dalaman termasuklah prestasi tidak menentu yang dipamerkan mereka dalam saingan Liga Jerman.
Tatkala Presiden Bayern, Uli Hoeness serta Pengerusi, Karl-Heinz Rummenigge berhasrat untuk membawa masuk Neuer ke Allianz Arena, lain pula cerita dengan jurulatih kelab tersebut, Louis van Gaal.
Ini kerana, van Gaal masih mempertaruhkan kepercayaan kepada penjaga gol muda yang dimilikinya ketika ini, Thomas Kraft.
Disebabkan itu, ia memberi ruang buat pengurus United, Alex Ferguson untuk terus mengemukakan tawaran kepada Neuer.
Keputusan yang dibuat Ferguson dilihat sebagai salah satu langkah persediaan bagi menggantikan penjaga gol veteran The Red Devils, Edwin van der Saar yang dijangka bakal bersara tidak lama lagi.
Neuer yang masih lagi mempunyai kontrak bersama Schalke 04 sehingga 2012 dianggarkan bernilai £16 juta (RM 78.4315 juta). - Agensi

SUKAN



Sedia bedil Indonesia


RAJAGOBAL (dua dari kanan) tidak mahu pemainnya dipengaruhi kerenah penyokong tuan rumah pada aksi menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam ini.


JAKARTA – Malaysia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang bermula serentak di Jakarta dan Palembang, Indonesia hari ini.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal berkata, Malaysia tidak ada sasaran khusus pada kejohanan ini lebih-lebih lagi dengan lapan pemainnya mengalami kecederaan, termasuk kembar Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak.
Menurut Rajagobal, daripada 22 pemain Malaysia yang dibawa ke kejohanan ini, hanya enam orang daripada mereka berusia lebih 24 tahun manakala yang lainnya adalah pemain muda.
Pada aksi pertama malam ini, Malaysia akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah, Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Rajagopal berkata, meskipun skuad bimbingannya itu mengalami kepincangan di semua posisi tetapi mereka akan berusaha untuk memberi saingan kepada pasukan tuan rumah.
“Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama bukan halangan buat kami menyerah mudah. Kami optimis dan akan bermain bersungguh-sungguh pada aksi pembukaan ini,” katanya.
Rajagopal berkata, beliau sudah mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak mudah hilang fokus apabila berdepan lawan mereka itu yang akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
“Kami perlu bersedia menghadapi segala bentuk ancaman daripada pasukan tuan rumah dan pemain telah diingatkan agar memberikan komitmen seratus peratus,” katanya.
Pada kejohanan ini, Indonesia turut diperkuatkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas.
“Saya yakin, pemain kita sudah memahami gaya permainan Bambang yang pernah beraksi dengan Selangor satu ketika dulu. Jadi, mereka perlu bijak menggunakan kelebihan itu untuk menyekat penyerang berbisa Indonesia itu.”
Sementara itu penolong jurulatih pasukan Indonesia, Wolfgang Pikal berkata, mereka akan turun dengan formasi 4-4-2 dan akan mengawasi sekurang-kurangnya tiga pemain Malaysia yang dianggap kunci kepada kekuatan Malaysia.
“Pergerakan penyerang Malaysia yang menggunakan jersi No. 9 (Norshahrul Idlan Talaha) sangat pantas dan kami perlu mengawasinya.”

Malaysia bila lagi la,harap ref je la kot.................

Buruan hak anjur Piala Dunia masih terbuka luas


2010/11/30

ZURICH: Buruan untuk mendapat hak penganjuran Piala Dunia 2018 dan 2022 masih dianggap terbuka luas ketika ia memasuki minggu terakhir selepas terselamat daripada skandal rasuah yang mengancam menjejaskan keseluruhan proses pemilihan.

Pengundian adalah terhad kepada ahli jawatankuasa eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pembida percaya masih banyak perkara belum diputuskan.
Malah, jumlah pengundi yang menyertai jawatankuasa pada 2 Disember lalu juga belum dapat dipastikan selepas dua daripada 24 ahli jawatankuasa digantung dan FIFA masih perlu membuat keputusan terhadap permohonan saat akhir untuk menggantikan satu daripada mereka.
FIFA perlu menyediakan laporan teliti mengenai sumbangan kewangan dan teknikal setiap bidaan, tetapi Sepp Blatter, presiden badan induk bola sepak itu, menghargai pandangan peribadi mampu mewujudkan lebih banyak kelainan berbanding kualiti bidaan itu sendiri.

“Tidak guna membuat laporan teknikal jika akhirnya mereka yang membida tidak menggunakan maklumat seperti yang dilaporkan,” katanya.

“Tetapi, kita bukan sekadar berurusan dengan institusi Piala dunia, kita juga berurusan dengan manusia, dan mereka mempunyai pandangan berlainan berbanding apa dimaklumkan dalam dokumen.”

Ada empat bidaan bagi kejohanan 2018 dari England, Russia, Sepanyol-Portugal dan Belanda-Belgium manakala lima bidaan bagi edisi 2022 - Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Qatar dan Australia.
Daripada senarai itu. Russia, Portugal, Belanda, Belgium, Qatar dan Australia tidak pernah menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. - Reuters

Ini mmg trbaik dari ladang england

United diundi jumpa Liverpool aksi Piala FA


2010/11/30

LONDON: Musuh tradisi, Manchester United dan Liverpool akan bertembung pada pusingan ketiga, Piala FA selepas dua gergasi Inggeris itu diundi bersama di Wembley, kelmarin.

Perlawanan di Old Trafford adalah pertembungan sesama Liga Perdana Inggeris tunggal dalam pusingan ke-64 terakhir kejohanan bola sepak kalah mati tertua dunia itu.
Juara bertahan, Chelsea diundi di tempat sendiri menentang pasukan divisyen dua, Ipswich dengan Arsenal, satu lagi pasukan yang berbangga dengan gelaran Piala FA menentang Leeds di Emirates.
Dua pasukan bukan liga pasti ke pusingan ketiga mendapat undian di tempat lawan dengan York berkunjung ke pasukan Liga Perdana, Bolton dan Dover bertandang ke Huddersfield Town. - AFP

Guna silap mata ka btol orng undi?

BARISAN Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru 2010/2013; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah (tiga kiri), Tian Chua (dua kiri), Fuziah Salleh (tiga kanan) dan Mansor Osman (dua kanan). - Foto Yazit Razali
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat labu air ketika lawatan ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PEMAIN Tottenham Hotspurs, Peter Crouch (kanan) bersaing dengan pemain Liverpool, Lucas Leiva dan Martin Skrtel dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, awal pagi tadi. Liverpool tewas 1-2. - Foto AFP
AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Selatan hari ini mula menjalankan latihan besar-besaran tentera laut bersama di Laut Kuning bagi memberi amaran terhadap serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan, minggu lalu. Latihan bersama empat hari itu membabitkan kapal induk pengangkut yang bermula jam 8 pagi waktu tempatan. - Foto Reuters

Hobi untuk orang kaya saja ka???

Berhabisan duit kerana hobi




PETANG itu Mohd. Ezuwan Ismail, 28, meluangkan masa mengunjungi gedung Pavilion Kuala Lumpur bersama seorang teman. Saat mengatur langkah memasuki ke dalam perut gedung, berkali-kali Ezuwan berpesan kepada temannya supaya segera menariknya keluar dari butik sekiranya terdapat cubaan membeli.
Tujuan asalnya ke gedung di Jalan Bukit Bintang itu, sekadar melihat himpunan produk terbaru di pasaran. Pada mulanya, semua berjalan lancar. Dia hanya membelek-belek barangan di beberapa buah butik yang disinggahinya. Walaupun rekaan produk yang ditawarkan tampak trendy tetapi Ezuwan cuba mengawal nafsu membeli-belah sebaik mungkin.
Namun akhirnya Ezuwan tertewas juga saat singgah di butik Zara.
“Koleksi kemeja jenama berkenaan cukup menarik sehingga memaksa saya membeli empat helai sekali gus dalam warna berbeza.
“Apa yang menyedihkan saya membayar bil pakaian itu menggunakan sejumlah wang yang diperuntukkan untuk melangsai bil-bil. Tetapi tak dapat nak elak. Kegilaan membeli-belah menguasai segala-galanya,” seloroh Ezuwan ketika ditemui Kosmo! di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Tanpa berselindung Ezuwan mengakui sejak tingkatan dua, dia gemar membeli baju sehingga almarinya sarat dengan himpunan baju lama dan baru. Setiap bulan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik itu pasti mendesak ibunya ke pekan untuk membeli baju baru.
Kecenderungan membeli-belah dilihat semakin menjadi-jadi usai dia berkerja sendiri dan memperoleh gaji. Jika wang di dalam dompet tidak mencukupi, jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, sanggup menggunakan kad kredit.

EZUWAN menyedari minatnya membeli-belah pakaian dan aksesori sudah wujud sejak dia kecil lagi.


Malah, secara jujur Ezuwan memberitahu cubaannya mengurangkan aktiviti membeli-belah bagaikan terbatas disebabkan dia menemui hobi terbaru iaitu membeli beg berjenama mewah.
Meskipun menyedari harga sesebuah beg berjenama mencecah RM4,000 ke atas, tetapi ia sedikit pun tidak membataskan minat pereka fesyen yang sedang menempah nama dalam industri fesyen tempatan.
“Terus-terang saya semakin obses mengumpul beg jenama Gucci. Semuanya bermula sewaktu saya berkhidmat di butik berkenaan pada tiga tahun lepas. Seperti orang lain saya juga pernah terfikir, mengapa seseorang itu sanggup membeli beg yang mencecah ribuan ringgit? Padahal ia sebuah beg saja.
“Namun lama-kelamaan saya menyedari keistimewaan beg berjenama. Kekuatannya bukan sekadar pada populariti jenama itu semata-mata. Malah ia turut melibatkan aspek rekaan dan material yang yang digunakan. Lagipun membeli beg berjenama mewah ini tidak membazir kerana ia mampu tahan lama,” jelas Ezuwan yang memiliki hampir 10 beg jenama Gucci termasuk dompet dan beg jenama Prada.
Luah graduan fesyen dari Pusat Latihan Fesyen Antarabangsa (IFTC), Kuala Lumpur itu, golongan jejaka tidak perlu malu untuk berbelanja. Apatah lagi tidak pernah termaktub tabiat membeli-belah hak mutlak wanita.
Lelaki boros meningkat
Tidak dinafikan fenomena lelaki boros atau dipanggil juga shopaholic dalam soal membeli-belah bukan perkara mengejutkan. Hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia mendapati kelompok lelaki mula menunjukkan kecenderungan berbelanja terutamanya pada produk dan perkara yang mereka minati.
Menurut penyelidik Shelja Jose Kuruvilla, dari Institut Teknologi dan Pengurusan, New Mumbai, India, berdasarkan kajian yang dilakukan golongan lelaki di India bukan sekadar obses membeli-belah malah kerap mengunjungi pusat-belah berbanding wanita.

OBSES mengumpul jersi bola sepak membolehkan Ali Efino kini memiliki 400 helai jersi pasukan bola sepak seluruh dunia.


“Ia suatu perkara yang mengujakan apabila lelaki kerap ke gedung beli-belah berbanding wanita. Malah, golongan ini juga dilihat sanggup berhabisan semata-mata mendapatkan sesuatu produk walaupun ia dijual pada harga yang tinggi,” ujar Shelja yang turut menyatakan terdapat segelintir lelaki yang sanggup membeli-belah sehingga menanggung hutang kad kredit yang tinggi
Sebelum ini, statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), juga pernah melaporkan sekitar tahun 2007 hingga Februari 2010, sebanyak 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di AKPK terdiri daripada orang lelaki.
Laporan statistik mendapati seramai 16,286 lelaki berusia di antara 30 hingga 40 tahun telah mendapatkan khidmat di AKPK semata-mata untuk melangsaikan hutang yang ditanggung.
Fanatik jersi
“Saya tidak akan sesekali memiliki kad kredit kerana bimbang tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan. Setiap bulan selain pembayaran bil dan makan, wang pendapatan digunakan untuk membeli jersi.
“Hari ini saya memiliki 400 helai jersi yang dibeli sejak tiga tahun lalu. Hampir RM15,000 saya habiskan sama ada membeli jersi pasukan Malaysia mahupun luar negara. Sebab itu saya sanggup pergi bercuti ke luar negara seperti di Mesir, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura kerana pada tempoh itu saya berpeluang membeli jersi pasukan negara yang dikunjungi,” ujar Ali Efino Abd. Shukri, 29, atau mesra disapa Fino.
Tutur Fino yang pernah membintangi iklan KFC, Celcom dan Vios itu, dia bukan sengaja membazirkan wang membeli jersi. Sejak diperkenalkan oleh bapanya tentang sukan bola sepak pada usia tujuh tahun Fino menanam impian untuk melakukan sesuatu agar sukan tersebut dapat dihargai dan dikenang sehingga ke anak cucu.
Maka, membeli jersi pasukan dari serata negara merupakan kaedah yang paling ideal. Pada masa yang sama, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik itu dapat memahami sejarah dan profil sesebuah pasukan bola dengan lebih mendalam.
“Tak dinafikan ada suara-suara memperlekehkan hobi saya ini, tetapi saya tak peduli. Bagi saya tarikan jersi tidak terletak pada warna dan coraknya saja. Setiap jersi mempunyai nilai estetika tersendiri.
“Misalnya, jersi pasukan Al-Ittihad. Mengapa ia berasaskan warna hitam dan kuning serta menggunakan logo harimau? Ia bagaikan simbolik harimau Jeddah yang gagah ketika beraksi di atas padang,” kata Fino yang terlebih dahulu menyelidik latar belakang dan sejarah pasukan sebelum membeli jersi.

Farihan mula melakukan ubahsuai jentera Toyota Altezza miliknya sejak lima tahun lalu.


Menyambung bicara graduan Diploma Pengurusan Hotel, Kolej Damansara Utama, Kuala Lumpur itu memberitahu, dia lebih gemar singgah ke butik untuk membeli koleksi jersi berbanding membeli secara talian.
“Pembelian secara talian melibatkan transaksi kad kredit yang bakal mendorong saya berbelanja secara berlebih-lebihan,” ujar Fino yang kini bertugas sebagai Perunding LVG Public Mutual, sewaktu menutup bicara.
Kereta ‘sahabat baik’ lelaki
Sementara itu, Farihan Rahim, 28, pula mengakui tugasnya sebagai Penasihat Kanan Jualan di LX MODE (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, secara tidak langsung mempengaruhi minatnya pada pengubahsuaian kereta.
Selepas membeli kereta Toyota Altezza berharga RM130,000, lima tahun lalu, dia menukar warna asal kereta hitam dengan kombinasi jingga dan hitam.
Selain itu, Farihan juga melakukan ubahsuai sedikit demi sedikit pada bahagian enjin.
“Kos keseluruhan untuk mengubahsuai enjin mungkin sudah mencecah RM35,000. Ini termasuklah penukaran rim tayar berharga RM8,000, suspensi (RM6,500) dan RM4,000 aksesori dalaman kereta,” jelas anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor yang menitikberatkan soal penjagaan kereta daripada sebarang kerosakan.
Biarpun alat-alat ganti kereta berkenaan tidak dijual di Malaysia sehingga memaksa Farihan menempahnya dari kilangnya di Jepun, namun itu semua bukan alasan menghalang minat beliau. Malah, anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu masih merancang untuk melakukan pengubahsuaian jentera kesayangannya itu pada masa akan datang.

Telor pon nk kecoh ka

Telur ayam dua kali lebih besar


GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.
Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.
"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.
Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

Btol ataupon propaganda

Christopher Columbus sebenarnya anak raja

MADRID - Sejarah sekali lagi berubah apabila sepasukan penyelidik mendapati ahli pelayaran pertama yang menemui benua Amerika, Christopher Columbus merupakan anak lelaki Vladislav III, Raja Poland yang hidup dalam buangan di Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan mengejutkan itu sekali gus menyangkal fakta buku-buku sejarah bahawa Columbus yang dilahirkan pada tahun 1458 di kota Genoa, Itali berasal daripada keturunan orang kebanyakan kerana bapanya, Domenico Columbo bekerja sebagai seorang penenun dan memiliki sebuah kedai keju di kota berkenaan.
"Bukti-bukti yang dikemukakan menjadikan cerita bahawa Columbus adalah keturunan orang kebanyakan sukar diterima, hanya orang bodoh sahaja akan mempercayainya," kata ketua penyelidikan berkenaan, Manuel Rosa dari Universiti Duke Amerika Syarikat (AS).
Penemuan tersebut diketengahkan dalam sebuah buku terbaru yang dihasilkannya.
Menurut Rosa, Columbus dengan mudah dapat memujuk kumpulan bangsawan dan pemerintah Sepanyol ketika itu, Raja Ferdinand II supaya membiayai pelayarannya kerana dia juga berdarah bangsawan seperti mereka. - Agensi

negara arab dah rasa dok europe

Negara Arab minta AS serang Iran


GAMBAR bertarikh 27 Februari 2005 menunjukkan bangunan reaktor nuklear Bushehr milik Iran.


WASHINGTON - Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.
Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.
Maklumat itu didedahkan menerusi penghantaran maklumat menerusi kabel melalui kedutaan AS.
Ia turut mendedahkan bahawa AS, Israel dan negara-negara Arab mengesyaki bahawa Iran semakin hampir untuk mengeluarkan senjata nuklear.
Raja Arab Saudi berulang kali menggesa AS untuk menyerang Iran bagi menamatkan program senjata nuklearnya.
"Baginda (Raja Abdullah) memberitahu anda (pegawai-pegawai AS) untuk memotong kepala ular," kata Duta Arab Saudi ke Washington, Adel al-Jubeir.
Maklumat itu didedahkan berdasarkan satu laporan berhubung mesyuarat antara Raja Abdullah dengan pegawai tinggi tentera AS, Jeneral David Petraeus pada April 2008.
Maklumat itu turut mendedahkan bahawa:
* Pegawai-pegawai di Jordan dan Bahrain meminta secara terbuka supaya program nuklear Iran dihentikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk ketenteraan.
* Pemimpin-pemimpin di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir merujuk Iran sebagai jahat, satu ancaman yang wujud dan satu kuasa yang akan menyebabkan negara tersebut berperang.
* Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran pada Februari lalu bahawa jika usaha-usaha diplomatik gagal risiko perkembangan senjata nuklear di Asia Barat akan berlaku menyebabkan perang berlaku menerusi satu serangan Israel.
* Ketua Perisikan tentera Israel, Mejar Jeneral Amos Yadlin memberi amaran pada tahun lalu bahawa: "Israel tidak berada dalam satu kedudukan untuk silap penilaian ke atas Iran dan menjadi terkejut seperti AS mengenai serangan 11 September 2001."
Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.
Iran beulang kali menyatakan bahawa program nuklearnya adalah untuk membekalkan tenaga dan bukan mengeluarkan senjata nuklear. - Agensi

Berita sukan

Kehadiran Rooney suntik semangat Berbatov


BERBATOV (kanan) menganggap kehadiran semula Rooney menjadi faktor utama yang mendorongnya menjaringkan gol.


LONDON - Dimitar Berbatov mengakui kehadiran semula Wayne Rooney menjadi faktor utama yang membantu dia meledakkan lima gol ketika Manchester United membelasah Blackburn 7-1 pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.
Pada pertemuan tersebut, penyerang Bulgaria itu turut menamatkan kemarau jaringan sebanyak 10 perlawanan.
Ini kerana, kali terakhir Berbatov menjaringkan gol adalah ketika meledakkan hatrik untuk membantu United menewaskan Liverpool 3-2 pada September lalu.
"Sudah tentu ia sesuatu yang baik. Dia (Rooney) adalah seorang pemain yang mengetahui corak permainan saya dan saya mengenali- nya," kata Berbatov.
"Tetapi kami telah bekerja keras pada sesi latihan. Kadangkala, kamu memperoleh hari yang mana segala-galanya menjadi."
Sebelum ini, pengurus United, Alex Ferguson tidak menyenaraikan Berbatov pada beberapa aksi terdahulu kerana dia dikatakan tidak berada pada prestasi terbaik.
"Penyerang tidak akan merasakan dia telah menjalankan tugas dengan baik selagi dia tidak menjaringkan gol. Berbatov berjaya melakukannya."
Untuk rekod, Berbatov menjadi pemain keempat selain Andy Cole, Alan Shearer dan Jermain Defoe yang berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan sepanjang sejarah Liga Perdana England. - Agensi

Rumah oh rumah

Bilionair India perkenal rumah termahal


GAMBAR fail pada 19 Oktober 2010 menunjukkan rumah baru 27 tingkat milik bilionair, Mukesh Ambani di Mumbai, India.


MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.
Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.
Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.
“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.
Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu
Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP

Artikel


Manfaat khazanah uranium




NUKLEAR sering diberikan konotasi negatif. Kita menggambarkan kemusnahan dan peperangan. Minda pantas berimaginasi letupan besar yang meranapkan sebuah kota besar sehingga ia menjadi padang jarak padang tekukur. Mayat-mayat tak berdosa yang bergelimpangan bagai daun di makan ulat.
Peristiwa bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada tahun 1945 lazim menjadi rujukan.
Penerima-penerima Anugerah Nobel Keamanan semasa berhimpun dalam satu upacara memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pengeboman Hiroshima 14 November lalu juga melaungkan ritma negatif tentangnya: “Tolak senjata nuklear.”
Selain malapetaka di Hiroshima, insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika Syarikat (AS) pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986) dan Tokai Mura, Jepun (1999) bagai menghitamkan lagi noda nuklear. Peristiwa Chernobyl menyaksikan seramai 350,400 orang yang mendiami kawasan berhampiran reaktor nuklear itu terpaksa dipindahkan dari kawasan yang tercemar dengan sinar radioaktif.
Tenaga
Pejuang kedamaian, aktivis pengguna dan pencinta alam antara pihak yang menzahirkan penolakan atau kekhuatiran terhadap nuklear.
Reaksi global terhadap nuklear membuatkan kita di negara ini melihatnya sebagai satu yang berbahaya secara total. Kenyataannya begitukah?
Adakah ia hanya berkenaan senjata perang dan tidak mampu menawarkan manfaat?
Nuklear berasaskan uranium seperti juga galian-galian lain yang sebenarnya boleh membawa kebaikan tetapi disalahgunakan untuk tujuan kemusnahan. Nuklear yang merujuk kepada inti atau nukleus atom mampu menjana tenaga dan barang kali salah satu penyelesian kepada masalah umat manusia apabila sumber utama tenaga elektrik terutama bahan api fosil seperti petroleum dijangka habis satu hari nanti.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Jepun dan Korea Selatan ialah model negara yang berjaya dalam penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga elektrik. Kaedah loji jana kuasa nuklear yang bertindak dengan pembelahan nukleus Uranium U-235 dapat menghasilkan tenaga haba untuk mendidihkan air menjadi wap dan seterusnya memutarkan turbin menjana elektrik.

GAMBAR menunjukkan keadaan di dalam satu terowong pembelahan atom di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland.


Ironinya, Jepun yang pernah lumpuh akibat bom atom banyak bergantung kepada loji jana kuasa nuklear. Begitu juga dengan Korea Selatan. Sebelum penggunaan tenaga nuklear pada 1951, pendapatan Keluaran Dalam Negara (GNP ) negara itu berada pada tangga ke-159 dunia namun ia melonjak ke kedudukan 17 pada 1997.
Lebih menarik, kos bayaran tenaga elektrik di Korea dan Jepun yang menggunakan teknologi nuklear tidak pernah berubah sejak 30 tahun lalu.
Menjelaskan dengan terperinci mengenai nuklear, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Teknikal Agensi Nuklear Malaysia (Nuclear Malaysia), Dr. Muhd. Nur Muhd. Yunus memberitahu, tenaga nuklear mampu menjana ekonomi negara.
Ketam bersaiz besar
“Jepun yang memulakan loji jana kuasa nuklear sejurus selepas Perang Dunia Kedua mampu menjadi negara maju. Malah, sebuah loji jana kuasa nuklear yang terdapat di Mihama, Jepun menjadikan daerah itu maju dengan industri pelancongan perikanan,” katanya sambil memberitahu terdapat 14 stesen jana kuasa nuklear di Jepun.
Tambahnya, loji jana kuasa nuklear itu menyebabkan Mihama menjadi kawasan teluk dan secara geografinya menjadikan kawasan itu dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan selain hidupan marin lain. Bilangan penduduk juga bertambah manakala hotel dan resort berkembang dengan pantas. Kawasan itu terkenal dengan ketam bersaiz besar.
“Lebih mengejutkan, penduduk di situ mempunyai jangka hayat kedua terpanjang di Jepun di sebalik dakwaan loji jana kuasa nuklear menyebabkan penduduk sekitar loji itu pendek umur,” katanya.
Tenaga murah
Muhd. Nur menjelaskan, tenaga nuklear tidak berbahaya selain menjimatkan khususnya untuk penghasilan tenaga elektrik. Menceritakan kelebihan tenaga nuklear untuk menjana elektrik berbanding kaedah lain, Muhd. Nur memberitahu, secara relatifnya ia lebih murah.

WUJUDNYA stesen jana kuasa nuklear di Mihama, Jepun menjadikan daerah itu maju dengan industri pelancongan perikanan.


“Kosnya hanya sebanyak 20 sen bagi satu kilowatt jam berbanding kaedah fosil atau hidro. Import elektrik dari Bakun melalui kabel bawah laut dianggarkan pada 21 hingga 36 sen kWj (tanpa subsidi kerajaan),” ujarnya.
Tambah Muhd. Nur, di sebalik retorik tenaga nuklear mengeluarkan gas rumah hijau, tenaga itu sebenarnya mengeluarkan terlalu sedikit gas rumah hijau berbanding teknologi lain.
Tambahnya, hasil buangan sisa nuklear lebih sedikit berbanding jana kuasa elektrik konvensional.
“Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nuklear hanya menghasilkan 1 hingga 6 gram karbon bagi setiap kilowatt jam elektrik yang dijana. Sedangkan rantaian penjanaan elektrik berasaskan minyak, arang batu atau gas asli menghasilkan sehingga 60 hingga 460 gram karbon dikeluarkan walaupun jana kuasa dilengkapi kemudahan pengurangan karbon,” katanya.
Menjelaskan keistimewaan nuklear dari sudut teknologi, Muhd. Nur menjelaskan kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear mampu bertahan sehingga 18 bulan. Di Emiryah Arab Bersatu (UAE), pihak berkuasa negara itu sedang giat mengkaji tenaga nuklear untuk menyuling air laut.
“Mereka menubuhkan universiti khusus untuk kajian tersebut selain melakukan kajian terhadap air laut yang digunakan oleh rektor nuklear boleh dijadikan air minuman,” katanya.
Muhd. Nur memberitahu, Malaysia sedang menuju untuk memiliki stesen jana kuasa nuklear untuk menjana elektrik pada 2021.

BANDAR Hiroshima musnah akibat ledakan bom atom pada 1945 tetapi Jepun maju akibat teknologi nuklear.


“Kajian dilakukan secara serius sejak 2005 tetapi orang awam perlu menyokongnya. Jika semuanya berjalan dengan baik kita boleh merealisasikannya lebih awal,” katanya.
Relatifnya, negara memerlukan empat hingga enam peratus sumber nuklear peringkat awal dengan kos lebih RM4 billion untuk loji berkuasa 1,000 MW.
“Vietnam yang masih mundur kini sudah mendahului kita dari segi persiapan ke arah pembinaan loji nuklear dengan merancang membina 13 loji nuklear,” ujarnya.
Karbon dioksida
Profesor di Jabatan Nuklear dan Kejuruteraan Kuantum, Institut Termaju Sains dan Teknologi Korea (KAIST), Jong H Kim memberitahu, dunia kini menghadapi masalah tenaga, persekitaran dan ekonomi manakala pengeluaran karbon dioksida yang banyak menjejaskan kesihatan selain pengurangan sumber fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli.
“Di sebalik itu, satu kilogram (kg) uranium mampu menjana tenaga elektrik bersamaan dengan 9,000 tong minyak atau 3,000 tan arang,” katanya.
Ujarnya lagi, simpanan minyak hanya terhad untuk 42 tahun, gas asli 60 tahun, arang batu 133 tahun tetapi uranium untuk menghasilkan elektrik mampu bertahan sehingga 241 tahun.
“Malah, teknologi nuklear juga merangsang teknologi baru yang lain dan berkeupayaan tinggi.,” katanya

Bukti Al-Quran langsung dari Allah swt

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kaliAKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kaliSYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kaliMATI – 145 kali

FAEDAH – 50kaliKERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kaliPENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kaliMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75kaliBERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kaliBERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kaliORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41kaliJIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kaliKEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60kaliFITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32kaliBERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kaliNUR – 49 kali

LIDAH – 25 kaliSUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kaliKETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kaliBERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kaliSYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kaliPEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali

HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =

28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk siniuntuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!!

Kemerdekaan negara 1945 - 57: Bahagian 11

Kemerdekaan negara 1945 - 57: Bahagian 11
Subky Latif   


SELEPAS parti-parti politik diharamkan kecuali Umno, pemimpin-pemimpin dan aktivis pejuang kemerdekaan ditahan, suara menuntut kemerdekaan tidak kedengaran. Pemimpin Umno yang juga Menteri Besar Johor, Dato Oon Jaafar sudah menjadi pegawai anak negeri paling kanan dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu bertaraf menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal dalam negeri.

Antara tanggungjawabnya menahan dan menjaga tahanan politik serta memantau suasana komunis. Dato Onn mula rapat dengan Sir Cheng Lock, Tan, pemimpin MCA yang ditubuhkan selepas pembentukan Umno. Tan Cheng Lock atau Sir Cheng Lock, Tan sebelumnya pernah bermuafakat dengan Dr. Burhanuddin al-Hilmy mengenai status masyarakat Cina dalam kemerdekaan. Cheng Lock dengan gagasan Dr. Burhanuddin tentang satu rupa bangsa iaitu Melayu. Cina dan India akan menjadi bangsa Melayu keturunan Cina dan bangsa Melayu keturunan India.

Semuanya tidak menjadi kenyataan apabila parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Sebagai menteri kerajaan penjajah Dato Onn mempunyai hubungan yang rapat dengan Inggeris. Ketika dia sudah rapat dengan Cheng Lock, Dato Onn mengusulkan Umno membuka keahlian kepada bukan Melayu dan tentunya jika disetujui Umno akan dipinda dari United Malay National Organization kepada United Malayan Nasional Organzation.

Perhimpunan Agung Umno menolak usul itu. Dato Onn mengundur diri dan keluar dari Umno. Dia digantikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku tidak ada pengalaman politik. Peranan dalam Umno tidak ketara semasa pimpinan Dato Onn kerana dia keciwa Dato Onn tidak mempertahankan nasib Natrah.

Tindakan pertama Tunku sebagai pemimpin Umno ialah menyambung perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diharamkan. Dia menukar perjuangan HIDUP Melayu Umno kepada MERDEKA. Dia membuka pintu Umno kepada pemimpin dan ahli PKMM untuk bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan.

Beliau pergi ke London bertanya Setiausaha Tanah Jajahan British cara mana Malaya boleh mencapai kemerdekaan. Jawapan British ialah tiada cara Malaya boleh merdeka jika ia dituntut oleh orang Melayu saja. Ia mesti dituntut oleh semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Piagam Atlantik dan piagam PBB yang ikut ditanda tangani oleh British sudah menetapkan semua kuasa penjajah memerdekakan tanah jajahan masing-masing tetapi British memberi syarat demikian kepada Umno. Apa motifnya?

Lord Cromer, gabnor terakhir British di Mesir dalam bukunya menyebut, empayar British tidak akan bertolak ansur bagi melepaskan tanah jajahan barang seinci jua hinggalah wujud satu generasi yang berfikir seperti British.

Tanah Melayu boleh merdeka tetapi mesti mengikut acuan British. Kemerdekaan tidak diberi kepada Melayu yang seratus peratus Islam. 400 tahun Tanah Melayu dijajah orang Melayu tidak bertukar agama. Ia satu kegagalan bagi penjajahan Kristian Eropah apabila orang Melayu tidak berpecah dalam banyak agama.

Bekas pimpinan PKMM dan Hizbul Muslimin tidak yakin kemerdekaan yang Tunku dan Umno mulai gerakkan kerana pemimpin-pemimpin Umno ada peranan mengharamkan PKMM dan menahan mereka. Mereka tidak respons kepada pelawaan Tunku kerana masih ramai tahanan politik yang Umno restui merengok di khemah tahanan.

Tetapi pengikut mereka seperti Ghafar Baba dan Ibrahim Fikri tidak menunggu restu dari bekas pemimpin mereka lalu menyertai Umno yang mula mengaku memperjuangkan kemerdekaan.

Tunku membentuk satu jawatan bagi membebaskan tahanan politik dengan Aziz Ishak, seorang wartawan dan penyokong kuat Ibrahim Yaakub yang mengasaskan KMM sebagai Setiausaha. Tunku dikatakan mahu sangat Ahmad Boestamam dibebaskan supaya dapat memimpin Pemuda Umno.

Aziz Ishak bukan ahli Umno semasa menjadi setiausaha bagi membebaskan saki baki tahanan politik. Dia adalah orang Ibrahim Yaakub dan dekat dengan Dr. Burhanuddin. Tunku kemudian berjaya menariknya menjadi ahli Umno. Aziz menjadi ketua Umno Selangor ketika Majlis Perbandaran Kuala Lumpur hendak mengadakan pilihan raya awal tahun 1950an.

Aziz mengadakan muafakat dengan ketua MCA Selangor, Ong Yoke Lin mengadakan persefahaman Perikatan bagi menghadapi Dato Onn yang memimpin Parti Negara dalam pilihan raya itu.

Tiada tanya ia idea Tunku tetapi Tunku merestui tindakan Aziz. Muafakat itu berjaya memenangi pilihan raya itu dan bermulalah muafakat Perikatan untuk menuntut kemerdekaan.

Pembentukan Perikatan itu adalah bagi memenuhi syarat British untuk Malaya merdeka. Syarat British itu adalah helah bagi menjadikan masyarakat Malaya merdeka nanti menjadi masyarakat majmuk, berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya. Begitulah British bila ia memerdekakan tanah jajahannya, ia meninggalkan masalah perkauman yang sukar diselesaikan.

Bagi Tanah Melayu ia adalah helah bagi mengelakkan ia menjadi sebuah negara berperintahan Islam seperti yang perjuangan oleh Hizbul Muslimin. Dr. Burhanuddin dan Dato Onn menggesa supaya Umno jangan menerima syarat British itu kerana lambat laun Tanah Melayu akan merdeka juga kerana piagam PBB sudah memaktubkan hal itu. Tetapi kerana Tunku dan Umno mahu cepat-cepat merdeka maka ia menerima formula meninggalkan api perkauman itu.

Lau Pak Kuan pemimpin saudagar Cina Ipoh pergi ke England menuntut British tidak memberi kemerdekaan kerana dipercayai tidak menjamin masa depan Cina. Tetapi syarat British itu adalah peluang yang baik bagi penduduk Cina dan India yang ramai itu untuk diterima menjadi rakyat. Persetujuan Cina dan India menyokong tuntutan kemerdekaan yang menjadi syarat British itu ialah dijamin hak menjadi rakyat.

Perikatan dalam memonya kepada Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan Tanah Melayu merdeka bersetuju dengan formula jos suli iaitu memberi kerakyatan mudah kepada pendatang yang menetap di Malaya bagi tempoh tertentu.
Peluang itu bukan sekadar mereka yang telah lama bermastautin tetapi termasuk pelarian berikutan pembentukan negara komunis China tahun 1948.

Tunku menjadi orang pertama mencapai kemerdekaan melalui perundingan tahun 1957 tetapi formula itu sudah disarankan oleh piagam PBB. Tidak minta merdeka pun boleh merdeka seperti yang terjadi di Brunei Darussalam.

 

berita kosmo

Pelajar 13 tahun dapat ikan gergasi


JAKE NORTH bergambar bersama dengan seekor ikan gergasi yang berjaya dipancingnya di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.


MEQUINENZA - Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Britain, Jake North berjaya memancing seekor ikan air tawar gergasi bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemancing cilik tersebut menaikkan ikan seberat 91.17 kilogram (kg) itu semasa dia dan keluarganya memancing di Sungai Ebro, dekat sini, Sepanyol ketika musim cuti sekolah di Britain baru-baru ini.
Bimbang dia ditarik ke dalam sungai, pemandu pelancong keluarga tersebut terpaksa memeluk pinggang Jake yang bertarung selama 25 minit sebelum ikan gergasi itu berhenti meronta dan ditewaskan.
"Amat jarang seorang budak sebaya Jake dapat menangkap ikan dengan berat melebihi 90 kg. Ramai nelayan gagal melakukannya walaupun mencuba selama beberapa tahun," kata bapanya, Russell North, 40.
Keluarga berkenaan menggunakan umpan bebola ikan sebesar bola golf yang dibawa sejauh 100 meter ke tengah sungai sebelum ia dicampak ke dalam sungai tersebut dari sebuah bot.
"Pada satu ketika, saya hampir berputus asa kerana kedua-dua tangan saya terasa sakit. Saya juga berasa letih selepas menewaskan ikan itu," kata Jake. - Agensi