Follow Me Ok

Projek Menanam Rumput

Projek menanam rumput ini adalah satu angan-angan lama sebelum aku mendapat kunci rumah. Setelah berminggu-minggu mengira budget, membeli peralatan dan membaca blog yang berkaitan. Aku memanfaatkan cuti raya Cina (6 hari) demi merealisasikan projek ini.

19/Jan/2019 – 21/Jan/2019
  • Mebersihkan tanah/batu sebanyak 2 inci
  • Meracun tanah dan Aku ratakan dengan pasir lombong. 
Kelihatan pasir dan 2 papan kayu. Kayu digunakan untuk meratakan pasir.

01/Feb/2019 - 06/Feb/2019
  • Hampir 1 minggu setelah diracun, fasa terakhir adalah dengan meletakkan rumput-rumput yang dibeli diatas pasir.
  • Rumput haruslah ditekan-tekan bagi menyesuaikan akar didalam pasir lombong (tips ini diajar oleh Kakak Cashier tempat aku beli rumput). 
  • Rumput pilihan adalah dari jenis Philippine Grass kerana tahan panas dan senang untuk dijaga. 
 Tanah yang dibuang (2 inci), dimasukkan dalam plastik hitam


Gambar Projek bertarikh 04/Feb/2019


Gambar Projek bertarikh 04/Feb/2019

Setelah hampir seminggu rumput ini ditanam, aku bajakan dengan Baja Tahi Ayam. Melihat rumput menghijau walaupun keadaan cuaca yang panas di Kedah adalah satu kepuasan. 

                                       
Gambar rumput bertarikh 14/Feb/2019. Masih Sihat dan kelihatan hijau.

Sekian.