Follow Me Ok

Mencari Kerja Kapal / Tips Kerja Kapal / Cara2 Kerja Kapal

Bidang perkapalan memang adalah satu bidang yang agak berbaloi untuk para pencari kerja yang berhati kental. Masakan tidak, dengan kelulusan SPM, anda mampu memperolehi gaji antara RM3000 ke RM6000 bergantung pada jenis kapal (Foreign Going or Near Coastal).

Bagi kapal FG, gaji untuk rank terbawah iaitu Ordinary Seaman (OS) selalunya antara RM4000 ke RM6000 termasuk over time yang dibayar oleh company2 besar.

Bagi bakal Pelaut yang baru hendak memasuki bidang ini, di bawah adalah tips2 yang boleh difikirkan sebelum anda disembelih oleh pusat2 training di Malaysia dalam menyediakan Marine Certificate.
  1. Kenalpasti keadaan ekonomi semasa.
    • Dalam tawaran pekerjaan dalam bidang perkapalan, harga minyak/gas adalah penentu kepada jumlah Kapal yang akan beroperasi. Harga minyak yang murah memungkinkan kapal2 besar (VLCC/ULCC) akan lebih banyak anchored di tengah laut yang dibenarkan. Hal ini kerana, Charterer kapal selalunya akan menunggu harga minyak naik mengikut harga yang dikehendaki lalu menjualnya dipasaran. 
    • Kurangnya harga minyak menyebabkan kapal2 near coastal bungkus disebabkan kurangya operation yang mengurangkan pendapatan Company.  
      2. Kenalpasti jenis Kapal
    • Setelah dianalisis market semasa, anda harus tahu jenis kapal yang terlibat adakah kapal itu Gas, Minyak, Chemical ataupun Dry Cargo.
      • Certificate utk dry vessel adalah seperti di bawah (rank OS) :
        • Watch Keeping Ratings II/4 
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu.
      • Rank AB / BOSUN : 
        • Lesen Able Seafarer Deck (STCW II/5)
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu.
      • Rank Oiler/MTM
        • Lesen Able Seafarer Engine (STCW III/5)
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu.
      • Rank Fitter
        • Lesen Able Seafarer Engine (STCW III/5)
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu. 
        • Certificate dalam "6G Welder Course" (Kimpalan dan Fabrikasi Logam tahap 6G).
      • Messman / 2nd Cook
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu. 
        • Certificate dalam culinary adalah satu kelebihan
      • Chief Cook
        • Lesen -Certificate of Proficiency as Chief Cook 
        • BST 
        • DSD
        • Personal dokumen seperti Passport, Malaysian Seaman Card dan lain2 yang perlu. 
        • Certificate dalam culinary/kursus masakan adalah satu kelebihan
    • Untuk menaiki Kapal Minyak/Gas/Chemical, dokumen yang perlu adalah seperti di bawah :
      • Kapal Tanker (Minyak/Chemical/Product Tanker/Gas) Rank OS/AB/BOS/MTM/Oiler/Fitter/Chief Cook/Messman
        • Sama seperti certificate utk Dry Vessel
        • Basic Training Oil and Chemical (Kapal Minyak, Product, Chemical, Bunker Barge Dan lain2)
        • Basic Training Liquefied Gas Tanker (Kapal LNG or LPG) 
        3. CV
    • CV adalah penting untuk menarik perhatian penerima CV.
      • Informasi haruslah padat dan ringkas kerana pembaca CV tidak punyai banyak masa untuk memyelongkar keserabutan CV anda.
    • Informasi bawah harus ada untuk memudahkan pembaca CV : 

Sekian, Bon Voyage.