Follow Me Ok

Pokok Oh Pokok

Berbalik pada minat yang mai bila ntah, minat wa bukan la seperti ke tahap tegar tapi jika tak kena gayanya memang akan jadi tegar la kot.

Ada la dua tiga jenis pokok wa tanam, nak kata tak kena cara memang tak kena cara pon.
Tak dak ilmu sangat pon dan main hentam ja bila menanam ni.

Jom Tengok koleksi pokok yang wa tanam.

hahahaha
Pokok Mempelam (mangga), umur dalam setahun lebih tapi semacam tak membesar.

Pokok Nangka Madu, umur lebih 14 bulan kot, pokok ni nampak naik la sikit

Kampung wa kalau tak buat perisai memang abes kat kambing la jawabnya, tok imam dah tegur dalam khutbah jumaat tapi tuannya buat dekk(buat dono) ja. So kena la buat perisai dengan dawai. Lantak la depa, janji jangan bela harimau dan lepas ja.

Wa aim nak tanam pokok durian, manggis, pokok Mera (buah Megha), pokok nyok(kelapa), dan pokok-pokok buah lain. Pokok rambutan dan cempedak dah belambak, nak kata belambak tak la sangat tapi kalau nak tampung anak cucu, sedara, dan kawan-kawan wa makan kira cukup la kot. Sekian

Tapak belakang rumah yang masih kosong lagi. Adoiiiiii.....
Time ni ada la geng pas ambik buluh, wa ok ja sbb wa pon 
sealiran dengan geng ni....hu3


Ps: mau buat ladang maa....tapi semangat nak p beli pokok tak sampai lagi maaa...tunggu masa ja.





Sabar

Jangan kau mesage dan kol dia lagi

Jangan wa kata jangan!!

Lu cuma sakitkan hati lu saja beb!

Rilex r beb, jangan dok layan perasaan korea lu sangat.

Tapi Ya Allah, tolonglah aku, hilangkan rasa rindu aku pada wanita ini.............................Aku betul-betul terseksa.








Jambatan Pulau Bunting (Memancing)

Kalau lu tak pernah pergi Pulau Bunting di Kedah, bagi orang-orang di kawasan Yan kedah ataupon kawasan Alor setar amnya, wa rasa Pulau Bunting adalah tempat yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Kalau lu orang luar, mai sini wa nak bagi tahu lu macam mana nak ke sana tampa pening kepala dan salah Jalan.

Kalau lu dari Sungai Petani, lu hendaklah membelok ke arah Yan (kiri) di simpang empat di Pekan Guar Cempedak, dari Pekan Guar Cempedak lu hendaklah teruskan usaha memandu ataupon merempit hinggalah lu sampai ke simpang yang agak plek di Pekan Yan, hendak di  kata simpang empat pon tak, tapi nak di kata simpang tiga pon tak. So pandai-pandaliah la lu tentukan.

Kalau lu dari arah Alor Star, hendaklah lu ambik jalan ke Yan mengunakan jalan lama ataupon jalan belakang.

Dari arah manapon lu akan terjumpa batu tunjuk arah ke Pulau Bunting
Lu akan masuk jalan kampung

Betul-betul batu tunjuk arah akan ada jalan masuk kampung yang berturap. 

Dari jalan besar dan inilah hujungnya jalan kampung tersebut. Melalui jambatan sungai kecil

Kalau sebelah kiri lu ada lanskap sebegini,  memang betul la tujuan lu, ini gambar di atas jambatan sungai kecil

Di sebelah kiri ada laji air, lu kena ambik kanan dan melalui jalan yang tak berturap

Dari jambatan sungai kecil agak-agak dalam 150 ke 200 meter lu akan terjumpa kedai makan di sebelah kanan dan simpang ke Jambatan Pulau Bunting di sebelah kiri. Nak dekat dah wei!

Dari simpang kedai makan tadi, dalam 40 ke 30 meter lu akan jumpa pemandangan macam ni, cari la port untuk parking, dan bagi penjalan kaki, sila ke gerai di hadapan. Mesti dahaga kan?

Menurut akak yang meniaga di situ, panjang jambatan ini kira-kira dalam 2.5 km, dihujung gambar adalah Pulau Bunting.

Jangan persoalkan kebuntingan pulau ini kerana wa tidak mengambil side pulau yang menunjukkan pulau ini bunting sebenarnya.

Ok untuk makluman lu, setelah berborak panjang dengan akak yang berniaga merangkap kaunter pertanyaan, beliau mengatakan jika lu ada tuah, lu akan dapat mendaratkan ikan pari yang besar, ikan kerapu dan spesis ikan lain yang wa pon tak sempat nak catat.

Dalam bab umpan-mengumpan, lu boleh try sotong, umpun-umpun dan udang, kalau lu nak try belahan ikan pon boleh. Kata akak tu la, kalau lu nak menggunakan umpan lain itu terserah la dengan kepakaran lu.

ps: bagi photographer pon wa rasa ini tempat memang ong untuk lu menurun number ekor, eh silap! ini tempat terbaik jugak kalau lu nak merakam memori. Sekian.



Camping aka berkhemah sambil memancing (part 2)

Dari part 1 ke part 2 memang lama, walaupon blog wa sunyi, tapi wa gagahi juga untuk wa update blog dan meghabeskan tulisan wa yang agak kelam kabut.

Ok, berbalik kepada tajuk, Trip wa sebenarnya akan diadakan di Hulu Sungai Kerling, wa tak la faham sangat tentang sungai yang diperkatakan leader trip ini, bagi wa masuk hutan cari port memancing memang mencabar dan dijangka akan bermalam di dalam hutan juga mendatangkan perasaan reruja.

Sampai ja wa di tempat berhimpun, leader trip memulakan perjumpaan first time kami dengan satu khabar yang agak kurang menyenangkan. Salah sorang guider yang tahu selok belok hutan tidak dapat hadir keranan neneknya terjatuh, terjatuh apa wa tidak lah tahu. Yang pokoknya, guider masuk hutan yang pro tidak dapat menghadirkan diri.

Dipendekkan cerita sebab wa pon malas nak menaip, ahli-ahli trip bersetuju untuk menukarkan tempat untuk berkhemah dan memancing di Lata Hijau, Batang Kali, Selangor. Wa yang agak hingusan dalam bab-bab sungai hanya menngangguk tampa tahu apa yang disujui itu. Agak terbelakang wa dalam bab-bab hutan dan port-port memancing.

Dalam 45 minit ke 50 minit jugaklah wa bertracking sambil mengusha alam ciptaan tuhan. Di selangor atau di Kuala Kubu Bharu amnya, wa agak tertarik dengan keindahan dan kehijauan alam dan kedamaian kawasan tersebut. Tidaklan mundur tapi sedang-sedang saja dan yang paling mengagumkan adalah persekitarannya memang memikat.
Sebelum masuk mesti mau tinggal kesan

Tracking cari port baik punya

Berehat sambil merakam memori

Melabuhkan Joran

Khemah Wa/Membe Dan Leader Trip

Dapur

Ikan Tengas Dan kengkawan

Khemah ahli trip lain

Geng otai buat khemah. Guna alam dan barang masa kini

Tempat ni memang terbaik, air sejuk dan nyaman

Skill apa pon wa tak tahu, main redah ja masak air.

Skill makan maggi tapi rasa gerun beb, gelap lagi menyeramkan.

Check out

Trip yang sebenarnya adalah ambik masa nak tracking dalam masa 2 jam, tapi trip ni ambik masa 45 minit ja untuk sampai. Walaupon dekat, penat beb sebab nak kena panjat bukit, lutut mua kuat maa.

Wa pon terfikir kalaulah trip 2 jam tu jadi, memang penat dan mengujakan lagi kot sebab  lorong ke port mancing dikatakan lagi tebal hutannya.

Ps: apa-apa pon, trip ni memang terbaik!!