Follow Me Ok

Kerja, cinta, dan masa depan

Aiseh...cm na nak naik rating kalau tajuk cm gini yang wa post, alamatnya dok tara(level ) tu la..

Ok intro yg baik..
ermm..
Wa nk cerita apa pon wa tak tahu...

Kerja dah dapat, kerja wa belayar, dah 7 bulan lebih wa dok memerap atas kapal....
Bosan tak wei??itu soalan yang susah nak di jawab....Dan soalan itu memang susah nak di jawab..

Wa plan sekarang ni nak stay lama sikit kat atas kapal, dulu memang ya wa nak balik dalam bulan 9 or 10, tapi bila dah putus cinta nie, hanya ketenangan laut dan saat matahari terbenam sahaja dapat mengubatnya...Bukan wa nak lari, tp wa hanya cuba ingin menyibukkan diri...Ingin melupakan wajah yang sering hadir dalam mimpi, senyumannya, gelak tawanya...Arghhhhhhh, seksa beb bila pikir benda tu...

Nak jatuh cinta pada yang baru pon susah, ini yang berat bagi wa yang saat bercinta memang tak ada preparation untuk putus....Biarlah orang cakap wa terlalu mencintai si dia...Dan niat wa nak buat jadi bini pon dan tersemat...Tp apakan daya, Tuhan itu maha besar dan wa redha dgn ketentuannya...

Kerja, cinta dan masa depan....Boleh buat tajuk filem kalau wa ni anak Yusoff Haslam, kalah ombak rindu, arhhh, teringat lagi kat si dia sebab wa tengok cerita ombak rindu dengan dia beb, Jitra-Pawagam tingkat atas...Kenangan beb, susah wa nak lupakan, dah 2 tahun lebih wa kenal dia...adessss

Masa depan??Merancang lagi wa, dan wa masih keliru dengan masa depan, ada lagi kah wanita di luar sana??Moga adalah yang sedap di hati...

Dan masa berlayar, wa dah banyak kali tengok laut dan beserta matahari yang nak terbenam...Serius memang cantik dan hati wa rasa damai, terima kasih Ya Tuhan...

ps: masa belayar wa ada lihat ikan lumba2, serius beb...hahahahaha dan satu pulau yang cantik namanya Pulau Bunguran, Indonesia....dah passing pulau ni berapa kali kot...

Rindu

Hati ini rindu,
Hati ini benci,
Lalu hati ini jadi sepi,

Fikiran sering merawang,
Fikiran sering terkenang,
Terkenang zaman kita,
Kita berkongsi duka dan gembira,
Kita berkongsi rasa,
Kita berkongsi semua,
Tp kuatnya takdir si pencipta,
Kau aku hanya tinggal cerita

Walau azam ini nekad,
Walau dipisah lautan,
Walau ku jauh berlayar,
Walau benci ku kuat,
Tp bayanganmu juga hadir,
Gelak tawamu jua hadir,
Hadir yang mengetuk hatiku,
Hadir yang membuat fikiran melayang,
Ku Terbang............
Hati ku berperang...........
Hati ini terus berperang.........

Hari raya Aldiladha
Persisir laut Kerteh
26/10/2012





Hssan Ali

Wa tak tahu macam mana nk  mulakan cerita ttg seorang tokoh ini. Seorang tokoh yg dahulunya wa kagum dan respet. Ttp keadaan itu berubah sekarang, perasaan itu hilang langsung. Ini semuanya kerana tindakan beliau sendiri.

Wa tak tahu kenapa beliau bertindak sedemikian rupa. Adakah kerana pangkat, wang, ataupon kerana perangap musuh itu sendiri. klu lah terkena perngkap wa agak itu la beb, tp klul kerana factor2 lain, wa rasakan x salah perasaan wa  yg dahulunya itu hilang.

Wa masih ingat ttg gahnya ceramah beliau semasa beliau berkunujung di kg wa. Hnya bermodalkan pentas yg kecil, hadirin yg hadir wa angap mmg menakjubkan. Kali ke 2 wa bertemu beliau semasa beliau menyampaikan khutbahb jumaat di Selangor. Semasa itu wa mnjalani latihan pratikal di bangi. Khutbah beliau yg bersemangt itu wa masih Ingat. Memang mengagumkan wa yang berilmu sedikit ini.

Ttp sekarang, tokoh ini telah bersalin kulit, mulutnya berbisa, mematuk kawan2 sejemaah. Muka da isi beritanya mnjadi bahan lelongan media massa. Mnjadi modal dan peluru untuk si musuh mnyerang tmpa hnti.

Pllihanraya Mesir.

Wa masih teringat tp wa juga terlupa bila masnya wa sngt tertarik pada pilihanraya Mesir, wa rasakan masa itu keadaan rakyat Palestine yg tersekat dan tertindas hnya kerana ganasnya Syaitan  Israel. Kita sedia maklum yang Syaitan Israel ini mmg terkenal dgn sifat rakusnya, tp yg wa x faham adalah lagak  jiran Palestine yg terdekat iaitu Mesir yg tergamak menutup pintu sepadan yg membolehkan sekatan Israel adalah sekatan bodoh jika di buka sempadan itu. Mesir yg majotiriti penduduknya adlah Muslim, bertutur pula dalah bahasa arab tetapi ttp menzalimi rakyat Palestine. Itu yg wa x faham.

Berbalik pada pilihanraya mesir pada ketika itu, wa jadi kaget apabila rakyat Mesir memberikan undi 99% kepada Presiden  Husni Mubarak. Parti yg wa agak akan memberi saingan iaitu pertubuhan Ikhwanulmusilimin pon tewas teruk. Ini yg wa x faham dn Wa agak kecewa terhadap situasi itu.
Setelah para demostrian menjatuhkan para ditaktor arab termasuklah Pak Husni, dan ketika inilah pilihanraya Mesir sedang dijalankan, barulah wa faham yg piliharaya yg terdahulu Pak Husni telah kencing abes-abesan para calon yang berlawan dgn partinya. Maunya tidak, refree dia lantik, padang pon dia pya, undang2 dia gubal sindiri, klu ruang seluas ini x digunakan sebaiknya, mmg menanglah Pak Husni. Itu x termasuk Pak Husni kencing undi lagi dengan memanipulasikan undi.

Dengan x beberapa bulan lagi Negara kita akan mnjalani proses dekmokrasi, wa harap kerajaan tidak mggunakan system Pak Husni yg bijak tp kantoi akhirnya. Klu penipuan ini terus terusan, wa doakan hancurlah kerajaan yg di bina dgn bau haring kencing.