Follow Me Ok

Buku

Ok. lu orang jangan kata wa poyo ka apa ka, tapi wa nak cerita sikit tentang minat wa sekarang.

Minat wa sekarang adalah membaca memoir orang2 hebat negara. Nak baca memoir Mao Zhe Tung memang tak dapat la sebab tulisannya adalah dalam bahasa Inggeris. Kurang feel dan susah nak faham maksud buku tersebut.

Ok buku pertama yang wa baca.



Tajuk : Memoir Perjuangan Syed Hussin Ali
Penulis : Dr Syed Husin Ali

Wa nak katakan beliau seorang yang hebat dan banyak pengetahuan tentang politik masa dulu yang beliau dedahkan. Lu orang kalau baca ini buku, lu akan jadi faham tentang politik masa kini. Tapi bukan politik sahaja yang beliau tulis, tapi tentang  perit jerit beliau tentang memperjuangkan apa yang beliau rasa betul.

Buku ke-2



Tajuk: Anak Apak
Penulis : Saudara Subky Abdul Latif

Buku ini banyak megisarkan tentang penglibatan beliau secara tidak langsung dalam arena politik sebelum merdeka dan selepas merdeka. Tidak keterlaluan beliau adalah otai bidang kewartawanan Malaysia yang masih hidup ketika ini. Wa ibarat masuk ke dunia beliau bila asyik membaca buku "Anak Apak" karya beliau.

Buku ke 3



Tajuk : Dr Umum
Penulis : Tun Dr Mahathir

Sapa tak kenal dengan otai ini, kalau tanya DS Anwar Ibrahim, memang nak kena penumbuk la lu orang, tapi kalau lu tanya geng2 dacing, memang melambung pujian beliau dapat. Buku ini bagi wa adalah satu jawapan kepada soalan2 yang sering berlegar2 di dalam kepala otak orang pembangkang. Lu nk caya ke tidak itu lu kena analisis sendiri beb.



Setelah wa abes baca buku2 karya Tok Det, wa semakin obses dan sering membuka internet dan membaca tentang buku2 terbaru dan baik untuk dibaca.


Aim wa sekarang adalah buku bertajuk "propagandi zaman" karya Saudara Subky Latiff dan wa telah pon membelinya. Cuma sekarang wa nak perbanyakkan membaca buku yang lain genrenya seperti falsafah or dalam bidang-bidang penulisan lain. Tapi minat sebegini memang kena bekorban sikit la beb. Duit jangan tanya la.

Ps: nak beli almari dan buat koleksi kat rumah nanti....kalau kesempatan wa akan post gambar almari 2nd hand tersebut, tak beli lagi pon beb....kah3

Sign Off (Balik Rumah) Part 1.0

Tajuk yang wa taruk dah macam tajuk demontrasi ajuran pembangkang, bersih 1.0.kah3

Argghhh. lantak la dengan demontrasi itu, bagi wa, mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh setengah juta orang pon kalau kerajaan main kotor jugak, pakat nampak la nak menawan Putrjaya.

Ok berbalik ke course yang betol!

Sambil wa menunggu jam 5pm aka 1700 hrs, wa terasa bosan dah haus. Bagi masalah haus memang senang nak selesaikan, buat air dan teguk pelahan2. Tapi bagi masalah  yang kedua, masalah bosan, wa agak pening bagaimana nak selesaikan. 

Lalu wa pon mengalihkan pandangan ke arah komputer di hujung tempat wa bekerja, setelah usha line baik punya. Broadband pon dimasukkan di tempat yang sepatutnya. So berinternetlah wa ibarat ketika di zaman study dulu kala. 

Tapi wa terasa bosan setelah wa habeskan kerja wa. So tiada kontroversi di situ yang mengatakan wa curi tulang ataupun bagi orang kedah selalu menggunakan perkataan mengulaqq (johor=mengulor). 'Hg mengulaqq noo" semacam itu la ayatnya.

Tapi wa nak update apa kat blog??Tajuk tak dak dan idea pon kering. Terpikir perkataan yang selama 9 bulan terperap di dalam otak dan fikiran wa.

Sing Off??Lama kot wa atas kapal ni. Dah nak dekat 10 bulan kalau masuk bulan depan. Banyak kot aktiviti yang wa plan nak buat waktu cuti ni.

Dari nak pergi Indonesia, plan nak naik kapal cruse, plan nak pergi Terengganu, plan nak menjelajah  Sarawak, plan nak pergi Pulau Perhentian dan semua tu wa ingat hanya menjadi angan2 mat jenin ja kot. Jadi tak jadi kena tengok poket dan isinya dulu beb.

Dah la plan dengan budak kapal MISC tak jadi. Budak2 ni pergi hatyai->phuket->vietnam. Wa tak tahu la plan ke Vietnam melalui phuket jadi ke tak, tapi dari post2 dan instalgram yang melegar dalam FB, Phuket wa rasa budak2 ni dah sampai dan Vietnam wa rasa cam kelam ja, mesti sangkut dekat Phuket punya. Tapi yang semestinya, wa terlepas beb.

Nak buat apa pon mesti kena ada rancangan dulu, bukan main redah ja. Tapi seingat wa la, rancangan wa semua macam tak berhasil, dari hal kawen, hal nak sambung belajar, hal simpanan duit, hal nak perjatuh kerajaan sekarang ni, hal kerja wa sekarang dan hal2 lain.

So, wa rasa la, rancangan yang wa nak buat lepas ni mesti kena ada niat yang baik.

ps: rancang dengan apa yang ada di tangan (lirik nasyid old tai)




Kereta Baru

Semacam plek ja wa tgk 2 3 hari nie dalam FB, kawan2 wa semacam berlumba2 or bersemangat untuk memiliki kereta. Wa pon ada semacam kena rasuk by sheikh mana ntah, jadi terikot-ikot oleh rentak tarian itu.

Ok, intro yg agak ok bagi wa penulis blog serpihan. 

Kereta wa ckp lu memang bergaya, bg para buaya darat di universiti, ini masa untuk mereka rasa payo abes ada kereta. Semua nak jadi kawan lu beb. Tapi wa rasa kawan sebab nak menumpang lu ja. Tp tak semua ada yang ada kereta jadi poyo, dah depa ni kaya, nak wat cm na kan. Rezeki depa!!

Ok, bila wa masuk alam pekerjaan, wa ada la aim satu kereta ni beb. Installment bulan2 makan seribu baq hang. Nak di jadikan cerita, setelah lama belayar, wa melihat para pelaut lain, wa terasa wa perlu menghargai duit  yang ada sekarang. Bukan nak jadi hamba duit tapi menghargai titis peluh wa sendiri.

Kenapa wa ckp berbelit2??

Dulu masa zaman wa belajar, betol2 susah beb, tambah2 masa wa zaman sekolah menengah. Zaman yg banyak pengalaman pahit dan manis.

Wa zaman tu tinggal asrama dan sekolah tempat wa memimba ilmu boleh dikatakan 80% murid2 nya anak orng kaya. Paling lekeh mak ayah budak2 nie keja cikgu, dan wa di tahap mana?? Wa hanyalah anak pesawah, anak yatim lagi kot.

Susah dulu memang btol2 susah, dua minggu di asrama hnya berbekalkan dua puluh. Itu pon penat wa merajuk denga mak wa. Terasa bodoh btol masa 2. Harap mak wa tak terkecil hati masa2 yang lalu. Seingat wa la, ada satu masa, mak wa terpaksa gadaikan gelang emas dia punya sebab nak bg wa merasa tuisyen. Semacam biasa, wa merajuk dan rajukan bodo nie la wa ingat lagi sampai sekarang. 

Sekarang zaman dah berubah, kerja dah ada. So, bila pikir masa2 dulu, nak jadi bodoh belagak sombong sebab kawan pakai kereta hebat dari kita wa rasa tak perlu kot. Pakai mana yang ada, pada kawan yang pakai kereta besaq itu rezeki dia. Kalau lu dah macam ananda krishnan or anak2 mentri yang tak payah kerja tak pa kot beli kereta besaq. 

Tp klu lu macam wa, baru merasa nak hidop!! Teringatlah masa susahmu!!

ps: tgh gundah gelana....aiseh man.






Kiamat


bye : Saudara Subky Latif

Suci dan Maha Mengetahui Allah bila kiamat akan berlaku. Maka ramalan manusia yang banyak dibincangkan di seluruh dunia terutama di barat kiamat itu akan berlaku pada 21 Disember lalu telah tidak berlaku.

Masih sempat dunia kita masuk ke tahun 2013. Renncana ini saya tulis pada pagi terakhir tahun 2012, sepuluh hari selepas tarikh yang dikatakan berlaku kiamat. Esok kita berada di tahun baru 2013  dan wajar bersyukur kerana dunia belum lagi dikiamatkan.

Betapa kiamat itu  tidak berlaku pada 21 Disember lalu bukan sekadar suatu tanda tidak mengetahuinya sekalian makhluk hari yang dirahsiakan Allah bila ia berlaku tetapi adalah tanda kebesaran Allah bahawa Dia saja yang tahu bila akan berlaku.

Nabi Muhammad SAW, sebagai kekasih Allah yang amat mulia hanya dapat memberikan tanda-tanda hari kiamat itu sudah dekat, tetapi tetap mengatakan bahawa Allah saja yang tahu ketika yang sebenarnya.

Jibril sebagai penghulu sekalian malaikat yang setiap masa berhubung dengan Allah pun tidak diberitahu Allah tarikh itu. Bahkan malaikat Israfil yang diwujudkan untuk meniup angin sangka kala bagi memulakan program kiamat itu juga tidak tahu. Ia hanya bersedia dan menunggu sejak diwujudkan untuk melakukan tugas menamatkan alam dunia ini. Ia hanya mengetahui pada saat terakhir.

Jika hamba Allah yang paling mulia itu sendiri tidak mengetahuinya, maka apa lagi manusia biasa amat jauh  dia  dari mengetahui akan kiamat yang  sudah terlalu dekat itu.

Baginda SAW hanya dapat memberitahu waktu itu sudah dekat, tandanya adalah dengan kelahiran baginda sendiri. Sekalipun sudah dekat, entah esok, entah lusa tetapi ia tidaklah sedekat yang kita sangka dan tidak pula selama yang kita  sangka. Sesudah 15 abad baginda dilahirkan belum lagi dunia ini kiamat, tetapi kita pula boleh mengagaknya dunia akan sempat bertahan 15 abad lagi.

Mungkin tidak sampai selama itu dan mungkin juga melalui tempoh itu. Kita tahu  akan tanda-tanda yang Rasulullah SAW  bagitahu betapa ia sudah tidak terlalu jauh dan supaya kita beriman ia tetap akan berlaku dan supaya kita sentiasa bersedia  dengan bekalan yang secukupnya bagi menghadapi permulaan kiamat itu.

Apabila ada manusia hendak mengambil tempat Allah bahawa dia tahu dunia ini  akan kiamat pada 21 Disember lalu, bukan sekadar ia karut, tetapi ialah Allah hendak membuktikan bahawa manusia itu tidak mengetahui  sedikitkan pun tentang waktu yang sebenarnya.

Bila ia dikatakan akan berlaku pada 21 Disember 2012, maka pada 21 Disember lalu tidak ada apa-apa yang berlaku. Kita sempat melihat dunia hingga masuk ke tahun 2013. Dengan sendirinya Allah hendak memberitahu manusia seluruhnya betapa orang yang membuat ramalan itu tidak tahu apa-apa bukan  saja tentang tarikh kiamat tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya selepas dia membuat ramalan dan dia menyaksikan ramalannya tidak betul.

Dengan kejadian itu, pada saat kepesatan penyebaran maklumat melalui alam maya, Allah hendak mengingatkan lagi betapa yang tahu tentang masa depan segala sesuatu hanya Allah dan pengetahuan manusia itu adalah sangat sedikit.

Ketika manusia leka dan lupa tentang hari kiamat, malah ramai yang tidak percaya kiamat  akan berlaku, ada pula antara yang  tidak beriman itu meramalkan kiamat akan terjadi pada 21 Disember itu. Maka itu menyebabkan manusia ingat semula tentang kiamat termasuk yang  tidak percaya ikut membincangkan hal itu.

Bagi orang yang beriman, dengan ramalan itu dapat mengingatkan lagi mereka tentang kiamat yang sudah dekat tetapi mereka tetap tidak percaya ada manusia yang tahu bila. Ilmu itu tidak Allah beritahu kepada manusia, malaikat dan jin. Hanya Allah mengetahui bila.