Follow Me Ok

Memancing Di Chalet Terapung PPK Merbok (Part 1)

Cuti dua hari (Ahad 16/Feb/2019 dan Isnin 17/Feb/2019) Penulis penuhi dengan aktiviti memancing dan disebabkan tempat tinggal terkini adalah di kawasan Sungai Petani. Penulis memilih untuk memancing di Chalet Terapung PPK Merbok.

Ini adalah kali ke-4 Penulis berkunjung di daerah Merbok untuk memancing dan difahamkan terdapat tiga Chalet berada di sepanjang Sungai Merbok. Kali pertama adalah dengan mengikuti trip bersama rakan-rakan Se-Universiti untuk mengisi masa terluang yang entah dapat dari mana dan dari siapa.


Gambar File bertarikh Jul 2010. Kawasan ini mempunyai fasiliti untuk memancing di kelong. Tempat ini merupakan kawasan ternakan ikan lama yang dijadikan port memancing. Bayaran RM10 dikenakan untuk Pengakutan Bot dan harga ini adalah pada tahun 2010.  


Trip yang kedua adalah bersama mengikuti rakan-rakan dari sekolah STPM namun, gambar-gambar sebagai bukti hilang dari simpanan Penulis. Oleh itu, anggaplah yang Penulis memberi fakta yang saheh lagi benar.

Trip yang seterusnya adalah trip bersama Family besar yang di set tarikhnya ketika cuti Tahun Baru Cina (05/Feb/2019 dan 06/Feb/2019). Biarlah gambar dibawah berbicara tentang keadaan dan suasana pancingan tersebut. 

Bayaknya perkakasan makanan kerana ianya adalah tangungjawab penyewa.


Kelihatan penulis dengan gaya bosan menunggu ikan tak kunjung tiba


Seterusnya, trip yang paling latest adalah ketika Penulis dengan nekadnya keseorangan menjenguk kawasan pancingan di Chalet Terapung PPK Merbok.

Anda boleh menilai sendiri port ini kerana tahap keghairahan orang adalah berbeza.

Bersambung.... Part II