Follow Me Ok

Revolusi Bola Sepak Malaysia

Wa tak tahu adakah tajuk yang diberi untuk artikel ini sesuai dengan huraian atau ulasan yang akan wa berikan di bawah nanti.

Wa tak ingat sangat tahun bila Astro mula menaja liga bola sepak Malaysia. Penajaan Astro pada pandangan  wa telah menarik balik peminat tempatan dan memberi nafas baru kepada liga bola sepak Malaysia yang sebelumnya di anak tirikan oleh peminat tempatan.

Bagi bola sepak moden, tampa publisiti adalah perkara yang paling rugi jika tidak dilakukan oleh negara yang bola sepaknya adalah sukan number satu.

Seperti di Britain dan England amnya, pasukan England di peringkat antarabangsa adalah pasukan yang bukannya kuat seperti yang digembar-gemburkan oleh media mereka. Permainan media Enggeris memang berjaya dalam mempromosikan liga dan setiap pemain enggeris mereka.Sapa tak kenal Ronney, Lampard dan wa rasa sepupu Lampard pon akan dibuat tajuk berita jika mamat tu buat hal di England. Semua disensasikan oleh media Enggeris.

Hal ini wa rasa sedang ditiru oleh Astro kerana sukan bola sepak sekarang adalah lubuk duit jika dipromosi betul-betul. Media massa sekarang banyak memutarkan kontroversi yang sering berlegar di dalam sukan bola sepak. Kontroversi perpindahan pemain dari Kelantan ke Johor, penglibatan Tengku Mahkota Johor(TMJ) ke dalam arena bola sepak, dan baru-baru ini adalah tindakan FAM mendenda pasukan-pasukan di dalam liga kerana kelakuan penyokong-penyokong pasukan tersebut.

Tapi wa rasa sukan bola sepak Malaysia agak bergegar adalah disebabkan tindakan TMJ dalam memrevolusikan pasukan Johor FC kepada pasukan baru iaitu pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Revolusi TMJ pada mulanya menaik rasa kurang senang wa kerana menggunakan duit untuk memancing pemain-pemain star kedalam pasukan mereka. Tapi apabila TMJ bertindak begitu, pasukan baru yang kuat dari segi kewangan akan muncul, kalau 4 5 tahun kebelakangan ini  kita sering melihat pasukan Kelantan, Selangor, Perak, Kedah,  Negeri Sembilan dan Terengganu menguasai liga dan kejuaraan piala di Malaysia. Keadaan ini berubah pada musin baru 2013!!

Sekadar gambar hiasan

Tahun 2013 kita akan melihat pasukan yang berada di liga super semuanya bukan mudah untuk dijinakkan. Pasukan baru seperti ATM, JDT, Lion 12, Felda United dijangka memberi tentangan sihat kepada pasukan otai iaitu pasukan Selangor dan lain-lain.

Persaingan sihat bagi wa adalah pemangkin kepada peningkatan dan tranformasi ataupon reformasi liga dan pemain-pemain yang akan mewarnai sukan bola sepak Malaysia.

Revolusi ini akan menarik minat penaja-penaja lain kerana kerancakkan liga akan menarik minat peminat untuk datang ke stadium. Bagi syarikat-syarikat besar, ini adalah masa mereka untuk menjual produk mereka ataupon servise mereka kepada peminat bola sepak Malaysia yang ramai dan berduit.

ps: Terbaik bai!!

No comments:

Post a Comment