Follow Me Ok

Camping aka berkhemah sambil memancing (part 1)

Cuti wa yang sangat la panjang menyebabkan diri terasa lemau dan malas sesangat. Wa kering idea walaupon kampung wa sering dilanda hujan.

Tapi disebabkan satu panggilan dari membe wa yang mengajak wa turut serta dalam satu trip memancing, tracking dan camping anjuran rakan FB beliau. Pada mulanya wa menjadi agak keberatan kerana kelengkapan untuk wa turut serta adalah di peringkat permulaan ataupon kosong. Dari ke khemah hinggalah ke penyedian peralatan memancing. Tapi disebabkan membe wa bersungguh-sungguh untuk menyediakan semua keperluan itu, wa pon bersetuju untuk turut serta.

Wa bertolak dari kedah pada hari Jumaat dan temujanji wa untuk bertemu dengan rakan wa adalah di RnR Sungai Perak. Agak2 dalam 3 jam jugalah perjalanan wa untuk sampai ke Sungai Perak. Dalam perjalanan, wa yang sensitif dengan tempat dan arah tuju, sempat wa memikirkan tentang Ex awek wa, kerana Perak adalah tempat kelahiran beliau. Sampai ke situ wa kaitkan beliau dan memori wa tentang wanita itu tidak dapat wa lupakan. Mengelamun dan rasa sedih tiba-tiba hinggap ke hati wa yang tak bersalah ini. Sob3

Ok beb, ini bukan cerita Novel Ahadiat Akashah or cerita penulis cintan, ini cerita lasak dan penuh dengan keganasan!

Sampai ja wa di Sungai Perak, wa pon bergegas menalipon membe wa yang terlalu punctual denga masa. Setelah berjumaat di RnR Sungai Perak. Untuk makluman lu, dekat RnR Sungai Perak terdapat masjid, tapi lu nak kena la meredah sikit, pergi ke arah sungai, ambik kanan setelah badan lu mengadap sungai dan berjalan terus lah lu ke depan melalui jalan yang berturap. Terus saja lu akan memjumpai masjid. Dalam 2km atau 1km jarak redahan itu.

Selesai saja wa berjumaat, terus wa ke RnR itu semula kerana bonda wa mesti bosan menunggu wa di sana. Oh terlupa sudah! Dalam perjalanan dari Kedah ke Perak, wa ada membawa bonda wa bersama ke Perak kerana hendak menghantar bonda ke rumah kakanda wa pula, ibarat menyelam sambil minum la kot.

Setelah wa selesai menghantar bonda ke rumah kakanda, wa terus menumpang kereta membe kerana ingin menjimatkan kos serta atmosfera bumi yang semakin nipis.

Dekat 2 3 jam jugaklah atas jalan, dengan masing-masing first time ke Kuala Kubu Baru, mengharap sign board je sebagai panduan dan pedoman.

Sampai ke Kuala Kubu Baru, kami terus mencari hotel untuk kami merehatkan diri dan solat. Dengan kemudahan hotel budget yang ok ok saja, selamatlah malam kami dari tido di dalam kereta ataupon join mat pit tido di tepi-tepi kedai.

Esoknya, dalam pukul 7 pagi, kam pon check out dengan hanya meletakkan kunci bilik di atas meja hotel tersebut.

Ok lah, penat kot wa dok menaip cerita seram aka ganas ni, myb dalam sehari dua lagi ada la part 2 pula ok.



Port Melepak!

Ps: Terbaik kot!


No comments:

Post a Comment