Follow Me Ok

Krisis Di Terengganu

Wa mulakan dengan sedikit flash back kepada krisis Perak pada tahun 2009 dimana ketika itu PR (Pas, PKR, DAP) mengusai kerajaan.

Kekalutan mula timbul apabila 2 mangkuk ayun dari PKR telah melompat menjadi bebas yang mesra BN (duit). So tertiaraplah kerajaan PR setelah diperdaje BN ketika itu. 

Semalam, 12 May 2014, sekali lagi kisah yang hampir sama terjadi di Terengganu. Kisah ini seakan balasn tuhan kepada pemerintah kerana dosanya yang terdahulu. Mungkin akan berlaku peralihan kuasa, ataupon dengan kuasa duit BN, mungkin keadaan menjadi reda, segala kemungkinan akan berlaku.

Kem Menteri Besar dahulu dikatakan mempuyai 7 soldadu yang setia kepada Mat Said, jumlahnya menjadi 8 kerusi jika dicampur dengan kerusi Mat Said. Bagi aku, para soldadu ini mungkin takot jika membe yang selama ini pemberi projek dan  jawatan sudah tiada di tempat strategi itu, bagaimanakah mereka akan survive dalam permainan politik UMNO yang memerlukan kuasa dan duit bagi kelangsungan politik mereka.
Senang cerita, kerusi mereka mungkin tidak akan selamat jika pada PRU yang akan datang, MB baru akan menggantian mereka dengan calon yang lain. Tak jadi adun merupakan bala besar bagi puak ini.

Bagi pihak PAS pula, aku harap jangan tergoda dengan godaan Mat Said kerana mereka bukanlah perjuang rakyat, mereka hanyalah perjuang kepada kuasa mereka sendiri. Jika ditaburkan duit, mata mereka akan berpinang dan terus dipukau rela untuk setuju apa yang dipinta.

Sampai ke saat ini, pergelutan di depan gol masih berlaku dimana UMNO sebagai defender ingin mengeluarkan bola sambil 3 striker UMNO (bebas) masih tidak datang membantu.

Adakah PAS dapat menjaringkan gol ataupon gol sendiri oleh UMNO akan berlaku? Itu perancangan Allah tuhan yang maha esa.

Ps : Tuhan balas cash.....kah3
 




No comments:

Post a Comment