Follow Me Ok

Interview Part 1.1

Hari khamis lepas aku  ada pergi interview untuk jawatan Administration officer di syarikat  Misc. Misc merupakan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Di sini aku catitkan pengalaman aku mghadiri interview di syatikat yg culture nya memang korporat abes.

Interview aku sepatutnya bemula pada jam 7.45 pagi ttp akibat dari masalah yg x di jangka, sesi itu bermula pada pukul 8.15 pagi. Pada mulanya kami di haruskan untuk menimbang berat untuk di kira BMI yg megkelaskan kita kepada ideal, lebihan berat badan ataupon obes. Seperti di jangka aku mndapat title lebihan berat badan kerana BMI aku melebihi angka 25 setelah berat dan ketinggian aku di kira. Aku merasakan aku akan di ketepikan kerana BMI diklasifisikasikan sbg unqualified for this application. Ttp aku jangkaan aku meleset sama sekali kerana sesi penyingkiran tidak berlaku.

Selepas sesi BMI, kami di kehendaki untuk mghadiri sesi briefing yg akn menerangkan ttg skop pekerjaan dan  serba sedikit ttg syarikat Misc. Di dalam penerangan yg di beri, AO ataupon administration officer adalah bertanggungjawab untuk  membantu Master(captain kapal) di dalam kerja admin. AO juga bertugas sebagai head of catering department yg bertaggungjawab utk keselamatan, kos control, penjadualan makanan dan housekeeping. Di dalam penerangan tersebut juga menerangkan ttng tangungjawab AO untuk merekodkan ttg certification crew, gaji, working hours dan yg berkenaan ttg pengurusan kapal.

Selepas sesi penerangan, kami di kehendaki menduduki psychology test(PT) yg  mnguji tahap kegilaan otak anda. PT ini tidak tumpah sperti ujian MEDSI yg di wajibkan kepada calon yg berminat untuk mngambil ijazah pendidikan.

Selapas sesi PT, kami di beri satu tugasan dan tugasan ini berbentuk study case. Study case ini mestilah dibentangkan di hadapan panel yg di sediakan. Kami di beri masa selama 20 minit di dalam mnghabiskan ayat2 yg bermain di kepala otak. Dekat  2 3 jam jugakla aku dok mnggu sesi interview face to face ini. Tiba giliran aku setelah lama mnggu dan aku memasuki bilik yg di sediakan.

Di dahadapan interviewer, aku di soal persis si banduan. Di tnya aku bermacam2 soalan hnggalah intervierwer tersebut bercerita kepada aku ttg susanhya bekerja di atas kapal. Untuk pengathuan anda, sesi ni di jalankan dalam bahasa Enggeris, subtitle pon tidak di sediakan. Mmg mncabar untuk meyakinkan para panel yg di lantik jika aku berbahasa Enggeris. Tp dari segi riak muka panel trsebut, aku yakin 51% aku akan dapat kerja ini. Utk pembaca sekalian, klu berhadapan dgn interviewer, anda harus yakin dengan tahap English anda kerana mereka haya nak  tgk tahap keyakinan dan bukanya tahap kehenseman.

Ps: basic gaji untk jawatan ini adalah sbyak Rm 6000, klu cmpur ngn elaun di jangka cecah 9-10 ribu..tp kerja kena belayar selama 6 bulan dan selepas belayar cuti selama 3 bulan. Berminat??

No comments:

Post a Comment