Follow Me Ok

Buat Mu yang Sedang bergembira

Pagi yg sngt muda ini,
hati jadi sunguh lemah sng dibuli,
hati dari dalam tangisi,
kerna tringt orng yang telah dibudi..

Kau ibarat di dunia yg berbeza,
itupun penat aku cipta,
aku jauhkan kau dari peta lara,
sungguh payah dan lama,
resah lelah dan duka....

Hati ini bayak berdusta,
bnyak bersangka,
kadang ku rasa dunia ini memilihnya,
mnjadi pemenang antara aku dan dia.

kadang aku tringat janji2 nya,
bila teringat aku ketawa,
terus ketawa bagai si gila,
Ku sangka ku faham hati budinya.

oh hati,
biarkan dia pergi,
biarlah dy trbang bagai merpati,
jngn kau jatuhkan dan sakiti,
melati yg pnh mnjadi suri.....

Aku
di tgh lautan
2.12 pg...............................
tringt pada suri cnta lama........

Melawat Gove, Australia

Gove, Australia? Mungkin lu agak familiar dengan negara Australia, tetapi apabila berbicara tengtang Gove,  mungkin lu akan berpandagan kiri dan kanan sambil bersiul tidak tahu.


Kedudukan Gove di peta Australia

Gove Australia adalah terletak nun jauh di utara dan jauh dari pusat bndar moden seperti Sydney ataupon bndar2 lain lagi.Itupon aku tahu sebab aku google je tadi.

Bagi aku la, Gove ni seperti bandar mati yang penduduknya rata-rata adalah golongan sederhana. Walau begitu, dari segi pakaian bagi golongan wanita, mereka seperti tidak mahu mengalah dalam bergaya. Maksud aku mengikut trend la.

Tempat Kapal aku berlabuh.

Port ataupon berth tuk dua jeniss kapal, satu untuk bulk or general cargo, dibelakangnya untuk cargo minyak.

Bandar yang bagi agak bosan, cuma ada Bar bagi peminum arak, Bank, Market, dan sekolah. Mybe ada lagi tempat yang menarik disini namun disebabkan kekangan waktu, aku hanya melilau di Pekan Nhulunbuy saja
Kapal Layak milik penduduk tempatan ataupon orng luar.

Gaya hidop mereka agak yang santai dan aku rasa, penduduk Gove ini banyak berkisar dengan aktiviti laut kerana banyak kapal2 layar berlabuh disana.

Sekian dari aku sbb dah xdak modal nk goreng, lagi goreng lagi hangit dan karut marut.

Tips di Hong Kong

Disini aku akan ceritakan pengalaman singkat aku di Hong Kong semperna kapal aku berlabuh di salah satu pelabuhan di sana.

Banyak tempat menarik ingin aku kongsikan antaranya bila sampai di Hong Kong anda boleh la melawat salah satu tempat shopping yang aku rasa ideal bagi rakyat Malaysia yang bukan hartawan tapi minum dicawan makan dipinggan.

Salah satu tempat yang sempat aku pergi melawat di Hong Kong adalah Ladies Market. Ladies market disana adalah mirip seperti Jalan Petaling di KL. Dan cara niaga mereka pon akan lebih kurang sama. Jika lu setakat usha saja aku rasa ok je kot, tapi jika lu sudah tawar menawar, lebih baik lu beli saja barang tersebut kerana puak2 ni akan memaksa lu supaya beli jugak. Kalau lu hati kering dan sanggup dimaki, lu buat dek je la. Bukan nak paham pon kan? Jika mahu tawar menawar, lebih afdhal lu kurangkan hingga setengah harga yang diletakkan peniaga ataupun 60% kurang pada harga tertera. Dan lu akan teperanjat kerana harganya adalah lebih murah dari harga sebenar. Let say harga yang ditawrkan adalah 400 HK, lu try la letak harga 150 or 180, mybe akan berlaku sedikit pergelukan di depan gol. tetapi aku percaya, lu akan dapat harga yang lu nak dengan jayanya.

Kapal aku di Terminal apa ntah, Hong Kong

Didalam boat service dari kapal ke darat

Aku berafro dan berjaket di Ladies Market

Boleh dikatakan puas jugaklah walaupun hanya 7 jam didarat, walaupun banyak tempat lagi yang aku tak pergi seperti Disneyland, Ocean Park dan banyak lagi kot. Kalau nak tahu try tya pak lebai google. Lebih limu dari bomoh2 siam dan bomoh2 melayu.

 Bergambar di Harbour city (kalau tak salah la)


 Sempoi baq hangg!!

Last moment b4 back to ship.

Sekian dari aku pelaut jalanan.......

Pelaut

Sebagai pelaut, baru beberapa kerat negara aku pergi, yang sadis adalah bila sampai je kat sesebuah negara, kaptain kapal tak bagi turun. Dibawah senarai negara yang pernah aku lawati.

Okinawa, Jepun
Untuk makluman anda, Okianwa ini adalah satu pulau terpisah dari pulau besar Jepun yang terdapat bandar Tokyo.
Dan paling menyedihkan, aku tak dapat turun.

Longkou, China
Ok la jugak bandar ni, ada shopping complex, emrm apa lagi ek....tu je la kot.

Chim Sao, Vietnam.
No komen sebab di sini aku hanya rindu melihat daratan.

Shuiaba, Kuwait.
Sama jugak kerana boat service too expensive. Serius mahal dari US dollar.
1 Kuwait = Rm16, tak gila ke exchange cam gini?

Gove, Australia.
Tempat jin bertendang, kampung sangat tp walau bandar yang kecil tapi tersusun.

Hong Kong.
No idea sebab apa ntah tak leh turun. Geram aku dengan si Kaptain ni, kemut sungguh.

Singapore.
Ok lah, dah banyak kali kot turun sini...Mustapa Mall n then apa Unviersal studion, arggh banyak kot nk senarai.

Dan plan aku masa cuti adalah untuk pergi Backpaker kat Indonesia. Kalau boleh dengan bini Kalau semapt kawen nanti.

Ps: Dari artikel ini ditulis, lagi 3 bulan 29 hari aku nak sign off kapal, lama lagi weiii.

Memori

Berhabuk pon blog aku ini, medium yang lama aku tak jenguk. Ermm...dengan kesunyian yang datang tiba-tiba, tangan aku jadi gatal clik pada gambar lama.

Memori di zaman sekolah menginjak kembali, zaman umur 13 ke 17, zaman yang banyak keputusan dibuat tampa rasional. Dari melanggar pantang dengan menghisap rokok hinggalah kepada perkara yang difikirkan balik membuatkan aku ketawa, menyesal dan pelbagai lagi perasaan bercampur aduk.

Team bola KSAH

Ke stadium untuk memberi sokongan pada pasuka 
olahraga KSAH, time ni memag lap kelas

Habis pengajian di KSAH, aku teruskan pengajian aku di SMK Tunku Abdul Aziz. Walaupun sekolah itu dianggap sekoalh biasa, tetapi tenaga pengajarnya memang superb. Ikhlas aku katakan kerana mereka mempunyai cabaran yang agak besar dalam mendidik anak bangsa kerana rata2nya pelajar adalah nakal. Aku salute cikgu2 di SMKTA.

Ni persatuan tingkatan 6 kot...Rindu saat ni wei!

Last sekali zaman Universiti, perghh wa cakap lu, zaman ni best. Ramai aweks berkeliaran mencari balak. Lu nak yang macam mana? Solehah? Ranggi? half Solehah? bak kata orang, macam2 ada. Zaman ni zaman lu tentukan hala tuju lu, ke longkang ataupon ke tempat yang ok dari longkang.


Pasukan bola Kolej EON

Melawat zoo Taiping

Akhir kata, memori itu indah, bak duri, kalu terpijak, terasa dan memberi kesan yang agak lama

ps: Hargailah apa yang ada dan tiada