Projek
menanam rumput ini adalah satu angan-angan lama sebelum aku mendapat kunci
rumah. Setelah
berminggu-minggu mengira budget, membeli peralatan dan membaca blog yang berkaitan.
Aku memanfaatkan cuti raya Cina (6 hari) demi merealisasikan projek ini.
19/Jan/2019
– 21/Jan/2019
- Mebersihkan tanah/batu sebanyak 2 inci
- Meracun tanah dan Aku ratakan dengan pasir lombong.
Kelihatan pasir dan 2 papan kayu. Kayu digunakan untuk meratakan pasir.
01/Feb/2019 - 06/Feb/2019
- Hampir 1 minggu setelah diracun, fasa terakhir adalah dengan meletakkan rumput-rumput yang dibeli diatas pasir.
- Rumput haruslah ditekan-tekan bagi menyesuaikan akar didalam pasir lombong (tips ini diajar oleh Kakak Cashier tempat aku beli rumput).
- Rumput pilihan adalah dari jenis Philippine Grass kerana tahan panas dan senang untuk dijaga.
Tanah yang dibuang (2 inci), dimasukkan dalam plastik hitam
Gambar Projek bertarikh 04/Feb/2019
Gambar Projek bertarikh 04/Feb/2019
Setelah hampir seminggu rumput ini ditanam, aku bajakan dengan Baja Tahi Ayam. Melihat rumput menghijau walaupun keadaan cuaca yang panas di Kedah adalah satu kepuasan.
Gambar rumput bertarikh 14/Feb/2019. Masih Sihat dan kelihatan hijau.
Sekian.