Follow Me Ok

Buang Masa

Selama lebih 5 bulan lebih la aku dok buang masa, mengingat benda-benda yang lepas. Yang paling sadis tengah aku dok syok-syok tidur, aku mimpi benda yang tak patut, ex gf bertunang, Melompat aku dari tilam terus mencapai talefon. Terus ku dail no ex gf aku, teringin aku nak dengar suara dia. Tak tahu la pasai apa, aku main dail ja dan aku tak terfikir pon nak borak apa nanti?

Dekat berbelas kali aku dail tapi tak diangkat, aku tengok jam dalam pukul 11 lebih dan aku mengagak yang dia mungkin sibuk, Just nak bagi sedap hati ja walaupun hati ini kuat katakan dia sengaja boo layan aku. hahahahaha

Aku kol lain dalam pukul 12 lebih dan telahan aku tepat yang panggilan aku membuatkan dia menyampah kot, dari rindu yang membuak nak dengar suara dia, aku jadi terfikir sendiri, berapa lama aku nak jadi macam ni, mengharap pada yang mustahil. Sakitnya hati ini tuhan saja yang tahu.

Aaaa, baru nak ingat tuhan. Suara mana dok mengata aku pon tak taw.

Tapi nak buat macam mana kan, dah nak mimpi si dia, dan hati ni rindu akan si dia, tak kan aku nak koret dan ganti dengan hati ayam pla. Tapi seingat aku la, benda yang semacam ini pernah jadi kat membe aku, aku kutuk dia kaw-kaw sampai kami bergaduh, Fikir-fikir balik mungkin ni balasan tuhan kat aku.

Kita mungkin rasa remeh temeh tapi bagi si polan yang merasa, mungkin itu ujian berat bagi si polan tersebut. Dan aku seringkali melihat ramai kawan yang putus cinta mengepost drama hebat mereka di FB. Aku biarkan saja kerana aku tahu pedih bila cinta itu hilang.

Mujur lah ada kawan baik sedunhill  dengan aku, merokok bersama-sama dan mengutuk pon bersama-sama. Dan aku tak loket pada kawan sebegini!

ps: terapi yang paling mudah bila rindu si dia, kol la perempuan lain, tapi hati tetap rindu pada yang lama walau dah kendur sedikit.

Kecewa dengan PRU ke 13

Hati ini masih tak dapat terima, mengurung aku di rumah, tak dak semangat  nak buat apa pon. aku melihat orang lain tak sesedih aku. Tapi aku lihat ada pendukung muda kampung yang hilang kata-kata.

Bangun pagi, aku rasakan semacam lain, rasa bila ketua di negeri berpindah tangan. Banyak informasi tentang calon ini, tentang ahli keluarganya mempunyai share dalam kilng arak San Miguel. Ntahlah, berbeza-beza pendapat aku.

Aku nak sangat Kedah menjadi seperti Kelantan, mendukung ilmu agama sambil ilmu dunia tidak ditinggalkan. Kerana di universiti, Kelantan mendominasi, faktor apakah itu?

Tapi sekarang ibarat kelam,kelam mendung. Hati ini sedih sangat. Mungkin Tuhan memberi ujian kepada pendukung Pas di Kedah. Aku bukan takutkan apa, takutkan sang kaya lebih kaya, sang miskin lebih miskin. Ditipu bila tidak ada pendidikan. Aku kesian dengan nasib Melayu Islam di Kedah, semakin ketinggalan dari segi mengecap nikmat pendidikan. Hanya diberi bantuan bila undi diperlukan, duit dan duit.

Aku lebih rela tidak ada pembangunan kerana aku yakin akan rezeki Tuhan, aku lebih rela sistem pendidikan agama dipertingkatkan. Malu aku melihat sekeliling, ramai yang muda hanyut seperti aku jugak, hanyut kerana pegangang tak kuat. Kerana kos pendidikan agama itu mahal di kedah, hendak yang berkualiti dan bertokgurukan ulamak masyur, anda perlu masuk ke sekolah agama yang tak dibantu kerajaan pusat. Hal ini kerana tok-tok guru ini lantang menegur kerajaan.

Kecewa aku, hati aku takutkan pembangunan tampa roh, aku takutkan Ulamak-Ulamak kedah akan pergi dikala kami memerlukan kamu. Aku takut sungguh tidak ada pelapes ulamak di kedah. Tolonglah ya tuhan, kuatkan dan panjangkanlah umur ulamak-ulamaka yang ada supaya meraka dapat membinbing pelapesnya.

Pada hari pengiraan undi, aku ada pergi melihat kelibat hantu-hantu di satu kawasan. Luluh hati aku kerana sangup sang kerajaan menggunakan taktik seperti itu, aku ada merekod video. Sengaja aku tidak memaparkannya di FB, nanti dikata tak menerima kekalahan. Tapi jam 6.30 petang, aku ada berbicara dengan bonda yang aku katakan kemenangan makin jauh di Kedah, telahan aku betul dan disokong dengan pengumuman kemenangan di pihak sana.

Aku boleh menerima kekalahan tetapi kejadian itu berlaku di depan mata, pedih hati ini nak terima, melihat pemuda dan pak tua berhabes duit sendiri untuk memenangkan calon, adakah ini adil untuk mereka. Adakah ini adil untuk mereka yang tak tahu kemenangan mereka dirompak. Aku tak tahu kawasan lain tapi aku bicarakan kawasan aku yang aku lihat dengan mata aku sendiri.

Yang paling sedih bila calon sebelah sana adalah orang yang menjaga agama, Ustad Umno, tapi adakah mamat ni tahu yang kemenangan beliau disokong oleh pengundian hantu. Tak takot kah beliau, anda tahu agama tapi tak amalkan. Takut aku beb, kalau beliau tahu tapi diam membisu, dimana ilmu anda wahai saudara?

Macam mana aku nak undi biru kalau kelaku macam ini, membuatkan aku hilang respet pada calon yang menang di kawasan aku dan pada yang merancang, tunggulah azab tuhan.

ps: kalau kalah cara betul aku leh terima tapi yang semacam ini yang melukakan hati.

Pokok Oh Pokok

Berbalik pada minat yang mai bila ntah, minat wa bukan la seperti ke tahap tegar tapi jika tak kena gayanya memang akan jadi tegar la kot.

Ada la dua tiga jenis pokok wa tanam, nak kata tak kena cara memang tak kena cara pon.
Tak dak ilmu sangat pon dan main hentam ja bila menanam ni.

Jom Tengok koleksi pokok yang wa tanam.

hahahaha
Pokok Mempelam (mangga), umur dalam setahun lebih tapi semacam tak membesar.

Pokok Nangka Madu, umur lebih 14 bulan kot, pokok ni nampak naik la sikit

Kampung wa kalau tak buat perisai memang abes kat kambing la jawabnya, tok imam dah tegur dalam khutbah jumaat tapi tuannya buat dekk(buat dono) ja. So kena la buat perisai dengan dawai. Lantak la depa, janji jangan bela harimau dan lepas ja.

Wa aim nak tanam pokok durian, manggis, pokok Mera (buah Megha), pokok nyok(kelapa), dan pokok-pokok buah lain. Pokok rambutan dan cempedak dah belambak, nak kata belambak tak la sangat tapi kalau nak tampung anak cucu, sedara, dan kawan-kawan wa makan kira cukup la kot. Sekian

Tapak belakang rumah yang masih kosong lagi. Adoiiiiii.....
Time ni ada la geng pas ambik buluh, wa ok ja sbb wa pon 
sealiran dengan geng ni....hu3


Ps: mau buat ladang maa....tapi semangat nak p beli pokok tak sampai lagi maaa...tunggu masa ja.





Sabar

Jangan kau mesage dan kol dia lagi

Jangan wa kata jangan!!

Lu cuma sakitkan hati lu saja beb!

Rilex r beb, jangan dok layan perasaan korea lu sangat.

Tapi Ya Allah, tolonglah aku, hilangkan rasa rindu aku pada wanita ini.............................Aku betul-betul terseksa.








Jambatan Pulau Bunting (Memancing)

Kalau lu tak pernah pergi Pulau Bunting di Kedah, bagi orang-orang di kawasan Yan kedah ataupon kawasan Alor setar amnya, wa rasa Pulau Bunting adalah tempat yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Kalau lu orang luar, mai sini wa nak bagi tahu lu macam mana nak ke sana tampa pening kepala dan salah Jalan.

Kalau lu dari Sungai Petani, lu hendaklah membelok ke arah Yan (kiri) di simpang empat di Pekan Guar Cempedak, dari Pekan Guar Cempedak lu hendaklah teruskan usaha memandu ataupon merempit hinggalah lu sampai ke simpang yang agak plek di Pekan Yan, hendak di  kata simpang empat pon tak, tapi nak di kata simpang tiga pon tak. So pandai-pandaliah la lu tentukan.

Kalau lu dari arah Alor Star, hendaklah lu ambik jalan ke Yan mengunakan jalan lama ataupon jalan belakang.

Dari arah manapon lu akan terjumpa batu tunjuk arah ke Pulau Bunting
Lu akan masuk jalan kampung

Betul-betul batu tunjuk arah akan ada jalan masuk kampung yang berturap. 

Dari jalan besar dan inilah hujungnya jalan kampung tersebut. Melalui jambatan sungai kecil

Kalau sebelah kiri lu ada lanskap sebegini,  memang betul la tujuan lu, ini gambar di atas jambatan sungai kecil

Di sebelah kiri ada laji air, lu kena ambik kanan dan melalui jalan yang tak berturap

Dari jambatan sungai kecil agak-agak dalam 150 ke 200 meter lu akan terjumpa kedai makan di sebelah kanan dan simpang ke Jambatan Pulau Bunting di sebelah kiri. Nak dekat dah wei!

Dari simpang kedai makan tadi, dalam 40 ke 30 meter lu akan jumpa pemandangan macam ni, cari la port untuk parking, dan bagi penjalan kaki, sila ke gerai di hadapan. Mesti dahaga kan?

Menurut akak yang meniaga di situ, panjang jambatan ini kira-kira dalam 2.5 km, dihujung gambar adalah Pulau Bunting.

Jangan persoalkan kebuntingan pulau ini kerana wa tidak mengambil side pulau yang menunjukkan pulau ini bunting sebenarnya.

Ok untuk makluman lu, setelah berborak panjang dengan akak yang berniaga merangkap kaunter pertanyaan, beliau mengatakan jika lu ada tuah, lu akan dapat mendaratkan ikan pari yang besar, ikan kerapu dan spesis ikan lain yang wa pon tak sempat nak catat.

Dalam bab umpan-mengumpan, lu boleh try sotong, umpun-umpun dan udang, kalau lu nak try belahan ikan pon boleh. Kata akak tu la, kalau lu nak menggunakan umpan lain itu terserah la dengan kepakaran lu.

ps: bagi photographer pon wa rasa ini tempat memang ong untuk lu menurun number ekor, eh silap! ini tempat terbaik jugak kalau lu nak merakam memori. Sekian.