Follow Me Ok

Interview Part 1.1

Hari khamis lepas aku  ada pergi interview untuk jawatan Administration officer di syarikat  Misc. Misc merupakan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Di sini aku catitkan pengalaman aku mghadiri interview di syatikat yg culture nya memang korporat abes.

Interview aku sepatutnya bemula pada jam 7.45 pagi ttp akibat dari masalah yg x di jangka, sesi itu bermula pada pukul 8.15 pagi. Pada mulanya kami di haruskan untuk menimbang berat untuk di kira BMI yg megkelaskan kita kepada ideal, lebihan berat badan ataupon obes. Seperti di jangka aku mndapat title lebihan berat badan kerana BMI aku melebihi angka 25 setelah berat dan ketinggian aku di kira. Aku merasakan aku akan di ketepikan kerana BMI diklasifisikasikan sbg unqualified for this application. Ttp aku jangkaan aku meleset sama sekali kerana sesi penyingkiran tidak berlaku.

Selepas sesi BMI, kami di kehendaki untuk mghadiri sesi briefing yg akn menerangkan ttg skop pekerjaan dan  serba sedikit ttg syarikat Misc. Di dalam penerangan yg di beri, AO ataupon administration officer adalah bertanggungjawab untuk  membantu Master(captain kapal) di dalam kerja admin. AO juga bertugas sebagai head of catering department yg bertaggungjawab utk keselamatan, kos control, penjadualan makanan dan housekeeping. Di dalam penerangan tersebut juga menerangkan ttng tangungjawab AO untuk merekodkan ttg certification crew, gaji, working hours dan yg berkenaan ttg pengurusan kapal.

Selepas sesi penerangan, kami di kehendaki menduduki psychology test(PT) yg  mnguji tahap kegilaan otak anda. PT ini tidak tumpah sperti ujian MEDSI yg di wajibkan kepada calon yg berminat untuk mngambil ijazah pendidikan.

Selapas sesi PT, kami di beri satu tugasan dan tugasan ini berbentuk study case. Study case ini mestilah dibentangkan di hadapan panel yg di sediakan. Kami di beri masa selama 20 minit di dalam mnghabiskan ayat2 yg bermain di kepala otak. Dekat  2 3 jam jugakla aku dok mnggu sesi interview face to face ini. Tiba giliran aku setelah lama mnggu dan aku memasuki bilik yg di sediakan.

Di dahadapan interviewer, aku di soal persis si banduan. Di tnya aku bermacam2 soalan hnggalah intervierwer tersebut bercerita kepada aku ttg susanhya bekerja di atas kapal. Untuk pengathuan anda, sesi ni di jalankan dalam bahasa Enggeris, subtitle pon tidak di sediakan. Mmg mncabar untuk meyakinkan para panel yg di lantik jika aku berbahasa Enggeris. Tp dari segi riak muka panel trsebut, aku yakin 51% aku akan dapat kerja ini. Utk pembaca sekalian, klu berhadapan dgn interviewer, anda harus yakin dengan tahap English anda kerana mereka haya nak  tgk tahap keyakinan dan bukanya tahap kehenseman.

Ps: basic gaji untk jawatan ini adalah sbyak Rm 6000, klu cmpur ngn elaun di jangka cecah 9-10 ribu..tp kerja kena belayar selama 6 bulan dan selepas belayar cuti selama 3 bulan. Berminat??

Safee Sali lagi ngetop dari Gadafi mahupon Asraf Sinclair

Hari ni mmg byak cerita ttg susuk tubuh yg begelar Safee sali. Dengan gaji sebayak USD 10 000, Safee Sali tidak mnunggu semiggu lagi untuk mnjaringkan gol untuk kelabnya. Wa yg bnnga dngn pencapaian Safee Sali harap lebih byak pemain Malaysia akn mengembara dan mnjadikan kareer bola sepak sebagai salh satu cita2 yg di impikan oleh budak selama ini. Jika di tanya budak2 dalam lingkugan 7 tahun ke bawah, jawapan mereka ratanya2 hendak mnjadi polis dan tentera. Inilah akibat dari lakonan Aby Abadi di dalam drama gerak khas. Di jangka kemasukan safee sali di dalam kelab pelita jaya akan menyemarakan lagi sukan bola sepak di Malaysia. Ibu bapa pon x takot sangt klu nk biarkan ank mereka melangkau jauh di dalam sukan bola sepak. Wa memang salut la ngn Safee Sali......
ps: wa tringin nk main ngn MU...hu3

INTERVIEW!!!!

ESOK WA DA INTERVIEW,
SEGALA PERSEDIAN DI BUAT,
TIDO AWL,
MULUT BERKUMAT KAMIT SPEAKING,
BKN DOA DALAM ENGLISH,
TP WA PREPARE KOT2 INTERVIEWER WAT GILA SPEAKING NGN WA,
ME I SPEAK ENGLISH RR ESOK...

PS:WA BARU TERPK BERTAPA PENTINGNYA 'KABEL' DI DALAM MNCARI KERJA.............

INI BERITA KASI WA BEDEKAH MAAA....

KLU LO ORANG BOSAN, LU ORANG BACA INI PYA BRITA, DIKATAKAN MANTAN MENTERI CHAN KANG CHOY  DI DAPATI MENIPU KERAJAAN MALAYSIA OR DALAM BAHASA LAINYA IALAH MENIPU  PARA KABINET. PERSOALANNYA IALAH, ANTARA KABINET ZAMAN PAK LAH MASIH MEMEGANG JAWATAN DALAM KABINET SEKARANG, DS NAJIB SIAP JADI PM LAGI, DS HISYAMUDIN, DLL. DIORANG NI SENANG KENA TIPU MAA..XKAN LU ORANG NK UNDI DIORANG NI LAGI..HAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHA.. BACA LINK INI KLU NK TAHU LEBIH LANJUT...WA NK SAMBUNG BEDEKAH... HAHAHHAHAHAHHAHAHA

 ps: hahahhahahahhahahahahahaha....

.

KETAWA AKU MEMBACA ARTIKEL INI...INI DUIT KITA BUKAN DUIT KERAJAAN!!!!

COPY FROM MALAYSIAKINI

Istilah 'wang pembayar cukai'

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.
Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.
Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.