Follow Me Ok

Memori

Berhabuk pon blog aku ini, medium yang lama aku tak jenguk. Ermm...dengan kesunyian yang datang tiba-tiba, tangan aku jadi gatal clik pada gambar lama.

Memori di zaman sekolah menginjak kembali, zaman umur 13 ke 17, zaman yang banyak keputusan dibuat tampa rasional. Dari melanggar pantang dengan menghisap rokok hinggalah kepada perkara yang difikirkan balik membuatkan aku ketawa, menyesal dan pelbagai lagi perasaan bercampur aduk.

Team bola KSAH

Ke stadium untuk memberi sokongan pada pasuka 
olahraga KSAH, time ni memag lap kelas

Habis pengajian di KSAH, aku teruskan pengajian aku di SMK Tunku Abdul Aziz. Walaupun sekolah itu dianggap sekoalh biasa, tetapi tenaga pengajarnya memang superb. Ikhlas aku katakan kerana mereka mempunyai cabaran yang agak besar dalam mendidik anak bangsa kerana rata2nya pelajar adalah nakal. Aku salute cikgu2 di SMKTA.

Ni persatuan tingkatan 6 kot...Rindu saat ni wei!

Last sekali zaman Universiti, perghh wa cakap lu, zaman ni best. Ramai aweks berkeliaran mencari balak. Lu nak yang macam mana? Solehah? Ranggi? half Solehah? bak kata orang, macam2 ada. Zaman ni zaman lu tentukan hala tuju lu, ke longkang ataupon ke tempat yang ok dari longkang.


Pasukan bola Kolej EON

Melawat zoo Taiping

Akhir kata, memori itu indah, bak duri, kalu terpijak, terasa dan memberi kesan yang agak lama

ps: Hargailah apa yang ada dan tiada

Malam Sunyi

Malam sunyi..
Malam yang sepi,
terfikir aku sendiri.........

Malam ini sungguh sunyi,
Kadang aku mencari,
Apa makna kata2 ilahi,
yang pasti jadi di kemudian hari.

Kadang aku teringat janji,
Janji pada hati,
Janji ilahi,
tapi aku tetap begini,
asyik ke kiri,
asyik pada duniawi,
tak sedar janji ilahi,
janji yang pasti.

Pokok Oh Pokok Part 2

Tanam pokok dah, kali ni aku dan menanam dua jenis pokok yang agak popular dalan kalangan kaum kerabat pokok. Jom kita tangok hasil usaha aku berbakti kepada tanah.



 Kecik kan Pokok Manggis ni, bila la mau besar dan 
beranak pinak. 

Pokok Mera (Mengha) yang legend


Sebelum aku tanam, aku kena pastikan tanah digemburkan dulu, kata mak aku la, aku fikir yang air senang menyerap dalam tanah dan haruslah dibina perisai bagi mengelakkan pokok menjadi santapan si Kambing.

Aku juga sediakan/belikan pokok-pokok ini sebuah tong biru hadiah ikhlas dari aku, jangan buat perangai sudah la pokok wei. Melabur banyak kot nak bagi hangpa membesar dan beranak pinak.



Tong biru aku dekatkan pada kawasan pokok manggis,
buat peneman di kala sunyi.

ps: Banyak lagi pokok yang aku nak tanam buat anak cucu makan lebih sepinggan dan setalam!

NIkmat Tuhan

Nikmat ni tuhan bagi dalam pelbagai bentuk, bagi aku, aku rasa nikmat baru ja sebentar tadi. Mendengar suara orang kita pernah kita rindu dan share pelbagai masalah.

Lunak betul suara dia, serius aku tak tipu. Kenapa masa kapel dulu aku tak hargai seperti yang sepatutnya. Walau kedengaran agak sombong suaranya, tapi aku bersyukur yang dia bahagia dan tak la frust seperti aku. Kira ok la aku yang tanggung sorang-sorang. hahahahaha

Aku macam nak suruh dia cakap banyak-banyak ja, dan aku akan dengar ja dia merepek apa pon. Tapi nak buat macam mana kan, kita ni bukan seperti dahulu, kita dah jadi sejarah tampa bab.

Betul la kata orang, bila dah hilang baru nak cari, yala kalau hilang baru cari, kalau tak hilang nak cari buat apa kan? Kira betul la perumpamaan orang-orang dulu.

Ya Tuhan. keluarkan aku dari kekusutan ini, bersimpul-simpul macam tali pancing kot.

Berbalik pada nikmat tuhan, aku tak taw mana yang patut aku hargai sekarang. Aku takot bila dah hilang nanti baru tercari-cari.

Aku dah belajar dari kesilapan dan bila fikir balik, banyak yang silap dulu. Aku rasa aku yang banyak buat silap, silap atur, kalau main chest semacam Queen yang otai kena makan dengan soldadu jalan satu langkah ja.

ps: suara hang memang sedap, terima kasih pada nikmat itu dah aku redho pada ketentuan mu Tuhan

Buang Masa

Selama lebih 5 bulan lebih la aku dok buang masa, mengingat benda-benda yang lepas. Yang paling sadis tengah aku dok syok-syok tidur, aku mimpi benda yang tak patut, ex gf bertunang, Melompat aku dari tilam terus mencapai talefon. Terus ku dail no ex gf aku, teringin aku nak dengar suara dia. Tak tahu la pasai apa, aku main dail ja dan aku tak terfikir pon nak borak apa nanti?

Dekat berbelas kali aku dail tapi tak diangkat, aku tengok jam dalam pukul 11 lebih dan aku mengagak yang dia mungkin sibuk, Just nak bagi sedap hati ja walaupun hati ini kuat katakan dia sengaja boo layan aku. hahahahaha

Aku kol lain dalam pukul 12 lebih dan telahan aku tepat yang panggilan aku membuatkan dia menyampah kot, dari rindu yang membuak nak dengar suara dia, aku jadi terfikir sendiri, berapa lama aku nak jadi macam ni, mengharap pada yang mustahil. Sakitnya hati ini tuhan saja yang tahu.

Aaaa, baru nak ingat tuhan. Suara mana dok mengata aku pon tak taw.

Tapi nak buat macam mana kan, dah nak mimpi si dia, dan hati ni rindu akan si dia, tak kan aku nak koret dan ganti dengan hati ayam pla. Tapi seingat aku la, benda yang semacam ini pernah jadi kat membe aku, aku kutuk dia kaw-kaw sampai kami bergaduh, Fikir-fikir balik mungkin ni balasan tuhan kat aku.

Kita mungkin rasa remeh temeh tapi bagi si polan yang merasa, mungkin itu ujian berat bagi si polan tersebut. Dan aku seringkali melihat ramai kawan yang putus cinta mengepost drama hebat mereka di FB. Aku biarkan saja kerana aku tahu pedih bila cinta itu hilang.

Mujur lah ada kawan baik sedunhill  dengan aku, merokok bersama-sama dan mengutuk pon bersama-sama. Dan aku tak loket pada kawan sebegini!

ps: terapi yang paling mudah bila rindu si dia, kol la perempuan lain, tapi hati tetap rindu pada yang lama walau dah kendur sedikit.