Follow Me Ok

Kes Lahad Datu

Kes Lahad Datu memberi banyak persoalan tentang tahap keselamatan negara dan tindakan negara/kementerian dalam menangani insiden ini??

1. Kenapa kita perlu berunding? Dah penceroboh masuk tempat kita dan kita perlu berunding ka??Kalau PATI tu boleh la lagi sebab puak-puak  ini masuk bukan dengan senjata.
2. Polis kata puak-puak ni dah kena kepung tapi kenapa yang dikepung dapat serang orang yang mengepung??
3. dua tiga hari lepas media dok la siar puak-puak ni dah hilang motivasi nak berjuang, tapi kenapa ada pula kematian kepada kem kita.
4. dua kematian dah melampau!!!kalau ini konpirasi BN/PAKATAN, aku doakan tuhan akan membalas yang setimpal pada mereka.
5. Kalau ini konspirasi kerajaan, wa sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan pernah melalui pegalaman menjadi anak yatim, wa tak halalkan cukai yang wa bayar kepada kerajaan dan gaji yang menteri-menteri ni makan sebagai gaji mereka.
6. Kalau ini kerja Pakatan rakyat, wa doakan agar PRU 13 ini bukan milik mereka.
7.Kenapa kerajaan tak gunakan segala gala teknologi yang ada dalam mengawal kawasan maritim Malaysia?
Kapal selam, tentera, dan kapal-kapal perang malaysia yang dok ada tak kan nak jadi tunggui ja kot?? Kawal sekejap kawasan Sabah sebab wa dengar ada yang dok mendarat lagi. Sakit hati sungguh!!

ps: Kesakitan hati wa apabila pegawai/polis yang gugur tu membuatkan aku berfikir, sanggupkah hal-hal mati ini perlu ada dalam proses peyambungan kuasa bagi pemerintah atau cara mendapatkan kuasa bagi pembangkang. Kalau ini betul konspirasi? Kalau macam inilah cara mereka BERPOLITIK?? Wa tak sangup untuk turun mengundi. Kita ini ibarat alat untuk mereka memkayakan anak beranak depa!!Puak-puak ni tak tau ka ada yang masih makan ikan sungai untuk menyara keluarga!!
 

Tips Di Bintulu - Sarawak

Rasa boring dah sampai ke tahap maksimun, nak hilangkan boring bukan senang beb. Bukan main buang ja. So wa pon start menulis untuk mengisi masa  lapang wa yang seluas beberapa hektar ini.

Bintulu.
Nak sampai sini kalau budak-budak semenanjung tidak gunakan kapal terbang, memang lu  bermimpi di siang hari kot.

So, belilah ticket kapal terbang. Dah sampai ja lu kat Terminal Kapal Terbang Bintulu, lu kena melalui pemeriksaan Immigration, lu bagi je IC dekat pegawai yang sedang enak sila panggung di atas kerusi tempat mereka bekerja. Sila beri perhatian, pegawai-pegawai Immigartion di sini ada yang lawa, so pandai-pandai la lu nak melalui pemeriksaan pegawai yang berkenan di hati. Cuci mata dulu beb.

Dah habes lu diperiksa, tak kan lu orang nak tunggu di situ? lu kena la berjalan ke hadapan walaupon hati lu terasa berat hati setelah hati sudah terpikat dengan si pegawai cantik Immegration. Lu kena tabahkan hati lu dan kembali ke niat asal lu datang ke sini.

Biasa la kan kalau dekat airport mesti ada teksi. So lu tak payah la nak pening kepala nak cari teksi. Untuk makluman lu, flight dari KLIA ke Bintulu hanya ada dua trip, wa nasihatkan lu ambik yang trip pagi punya. Ini memudahkan lu sampai di Bintulu pada waktu tengah hari dan transport pada waktu itu senang untuk di dapati. Angkat tangan sikit or buat semacam muka blur, lalu tampa disuruh si pemandu teksi ini akan menyelesaikan kekusutan anda.

Tapi yang jem sikit dengan si pemandu teksi di Bintulu adalah mereka ini rata-ratanya tidak pandai sangat berbahasa melayu dengan fasih, ketidakpahaman wa dengan cara diorang bercakap menyebabkan perjalanan wa menjadi sedikit boring, pada masa yang sama, si pemandu ini membuka siaran radio cina. Jadi blur wa sedikit sebanyak disumbangkan oleh faktor-faktor tersebut.

Tapi tak pa beb, wa borak jugak semaksimun abes dengan si pemandu teksi Bintulu yang legend dan rata-ratanya berbangsa cina. Kalau bangsa cina sanggup berkimcimpung dalam sektor ini maknanya menjadi pemandu teksi di Bintulu adalah pekerjaan yang boleh buat duit kot. Ini pemahaman wa tampa dibuktikan oleh mana kajian saintifik. So kalau salah anggap salah, no isu!

Dekat Bintulu? Ada apa wei? Tak dak apa pon?Tak kan nak cerita pasal shopping complex? Dekat Alor Setar pon ada shoppig Complex. Yang bezanya Bintulu ini, perniagaan yang sedikit sorok-sorok di semenanjung dilakukan dengan selamber badak ja beb.Contohnya mesin judi komputer, wa ada perati yang keselambaan taauke-tauke disini menimbulkan persoalan yang lu pon tak payah nak berfikir secara kritis dan kreatif. Semuanya kembali ke benda basic ja beb, ada duit semua jadi!

Berbalik kepada transport, wa rasakan bagi penjelajah budget ngam-ngam, eloklah lu naik kereta sapu yang terdapat merata di bintulu. Beraneka jenis, dari 4x4, saga, hinggalah ke sekecil kecil kancil. Yang menarik, mamat-mamat kereta sapu ni menawarkan transport yang sedikit murah dari teksi yang ternyata chargenya mahal dan tidak bermeter. Dia rasa nak mintak berapa dia punya suka.hahaha

Dari Airport ke Bandar Bitulu perjalanan mengambil masa dalam kira-kira 15 minit bergantung kepada situasi trafik ketika itu. Nak kemana bai di Bintulu, ada la park citu mall yang dalam bahasa saintifiknya adalah shopping complex, apa lagi, nak kena recall la memory lama ni beb.

Bintulu ada pemandanga laut beb, ada pemandangan kapal-kapal berlabuh jauh di tengah laut. Ada terminal atau pelabuhan untuk Kapal-kapal LNG berlabuh. Wa datang sini pon sebab wa nak kena naik kapal minyak. Kalau tak memang tak sampai la wa kat sini. Semua free beb. Hu3

Itu sajalah titpan wa pada masa ini

ps: dah sepuluh bulan wa keja atas kapal, time to sign off kot.





TQ untuk Lirik ini!!


Puteriku Sayang



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Buku

Ok. lu orang jangan kata wa poyo ka apa ka, tapi wa nak cerita sikit tentang minat wa sekarang.

Minat wa sekarang adalah membaca memoir orang2 hebat negara. Nak baca memoir Mao Zhe Tung memang tak dapat la sebab tulisannya adalah dalam bahasa Inggeris. Kurang feel dan susah nak faham maksud buku tersebut.

Ok buku pertama yang wa baca.



Tajuk : Memoir Perjuangan Syed Hussin Ali
Penulis : Dr Syed Husin Ali

Wa nak katakan beliau seorang yang hebat dan banyak pengetahuan tentang politik masa dulu yang beliau dedahkan. Lu orang kalau baca ini buku, lu akan jadi faham tentang politik masa kini. Tapi bukan politik sahaja yang beliau tulis, tapi tentang  perit jerit beliau tentang memperjuangkan apa yang beliau rasa betul.

Buku ke-2



Tajuk: Anak Apak
Penulis : Saudara Subky Abdul Latif

Buku ini banyak megisarkan tentang penglibatan beliau secara tidak langsung dalam arena politik sebelum merdeka dan selepas merdeka. Tidak keterlaluan beliau adalah otai bidang kewartawanan Malaysia yang masih hidup ketika ini. Wa ibarat masuk ke dunia beliau bila asyik membaca buku "Anak Apak" karya beliau.

Buku ke 3



Tajuk : Dr Umum
Penulis : Tun Dr Mahathir

Sapa tak kenal dengan otai ini, kalau tanya DS Anwar Ibrahim, memang nak kena penumbuk la lu orang, tapi kalau lu tanya geng2 dacing, memang melambung pujian beliau dapat. Buku ini bagi wa adalah satu jawapan kepada soalan2 yang sering berlegar2 di dalam kepala otak orang pembangkang. Lu nk caya ke tidak itu lu kena analisis sendiri beb.



Setelah wa abes baca buku2 karya Tok Det, wa semakin obses dan sering membuka internet dan membaca tentang buku2 terbaru dan baik untuk dibaca.


Aim wa sekarang adalah buku bertajuk "propagandi zaman" karya Saudara Subky Latiff dan wa telah pon membelinya. Cuma sekarang wa nak perbanyakkan membaca buku yang lain genrenya seperti falsafah or dalam bidang-bidang penulisan lain. Tapi minat sebegini memang kena bekorban sikit la beb. Duit jangan tanya la.

Ps: nak beli almari dan buat koleksi kat rumah nanti....kalau kesempatan wa akan post gambar almari 2nd hand tersebut, tak beli lagi pon beb....kah3

Sign Off (Balik Rumah) Part 1.0

Tajuk yang wa taruk dah macam tajuk demontrasi ajuran pembangkang, bersih 1.0.kah3

Argghhh. lantak la dengan demontrasi itu, bagi wa, mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh setengah juta orang pon kalau kerajaan main kotor jugak, pakat nampak la nak menawan Putrjaya.

Ok berbalik ke course yang betol!

Sambil wa menunggu jam 5pm aka 1700 hrs, wa terasa bosan dah haus. Bagi masalah haus memang senang nak selesaikan, buat air dan teguk pelahan2. Tapi bagi masalah  yang kedua, masalah bosan, wa agak pening bagaimana nak selesaikan. 

Lalu wa pon mengalihkan pandangan ke arah komputer di hujung tempat wa bekerja, setelah usha line baik punya. Broadband pon dimasukkan di tempat yang sepatutnya. So berinternetlah wa ibarat ketika di zaman study dulu kala. 

Tapi wa terasa bosan setelah wa habeskan kerja wa. So tiada kontroversi di situ yang mengatakan wa curi tulang ataupun bagi orang kedah selalu menggunakan perkataan mengulaqq (johor=mengulor). 'Hg mengulaqq noo" semacam itu la ayatnya.

Tapi wa nak update apa kat blog??Tajuk tak dak dan idea pon kering. Terpikir perkataan yang selama 9 bulan terperap di dalam otak dan fikiran wa.

Sing Off??Lama kot wa atas kapal ni. Dah nak dekat 10 bulan kalau masuk bulan depan. Banyak kot aktiviti yang wa plan nak buat waktu cuti ni.

Dari nak pergi Indonesia, plan nak naik kapal cruse, plan nak pergi Terengganu, plan nak menjelajah  Sarawak, plan nak pergi Pulau Perhentian dan semua tu wa ingat hanya menjadi angan2 mat jenin ja kot. Jadi tak jadi kena tengok poket dan isinya dulu beb.

Dah la plan dengan budak kapal MISC tak jadi. Budak2 ni pergi hatyai->phuket->vietnam. Wa tak tahu la plan ke Vietnam melalui phuket jadi ke tak, tapi dari post2 dan instalgram yang melegar dalam FB, Phuket wa rasa budak2 ni dah sampai dan Vietnam wa rasa cam kelam ja, mesti sangkut dekat Phuket punya. Tapi yang semestinya, wa terlepas beb.

Nak buat apa pon mesti kena ada rancangan dulu, bukan main redah ja. Tapi seingat wa la, rancangan wa semua macam tak berhasil, dari hal kawen, hal nak sambung belajar, hal simpanan duit, hal nak perjatuh kerajaan sekarang ni, hal kerja wa sekarang dan hal2 lain.

So, wa rasa la, rancangan yang wa nak buat lepas ni mesti kena ada niat yang baik.

ps: rancang dengan apa yang ada di tangan (lirik nasyid old tai)